Liga Super: Sri Pahang Enggan Ambil Mudah Cabaran Kelantan

Saingan Liga Super 2023 kembali bersambung, setelah berehat dalam satu tempoh untuk memberi laluan kepada aksi antarabangsa membabitkan skuad kebangsaan mengikut kalendar rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Salah satu perlawanan tumpuan pastinya terarah kepada dua pasukan dari Pantai Timur iaitu Kelantan The Red Warriors (TRW) menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Umum mengetahui Kelantan pada musim ini tampil dengan begitu tidak konsisten sejak awal saingan Liga Super dimulakan dengan pelbagai isu dalam serta luar padang yang melanda mereka.

Walaupun tampil dengan rekod sangat gah musim lalu, segalanya tampil tidak begitu menjadi buat Kelantan sehingga mendapat kritikan besar daripada para penyokong mereka sendiri di media sosial.

Untuk aksi bertemu Sri Pahang, dijangka pasukan tersebut sekali lagi bakal berdepan dengan kesukaran selepas beberapa pemain utama mereka juga dikhabarkan sudah menamatkan kontrak dengan lebih awal.

Namun, Sri Pahang enggan mengambil ringan akan cabaran pelawat dengan aksi sengit dijangka bakal diberikan tuan rumah kepada mereka sepanjang saingan berlangsung.

Enggan memandang mudah dengan cabaran pasukan lawan, skuad kendalian Fandi Ahmad dijangka bakal hadir dengan persediaan lebih rapi dalam misi untuk mendapatkan tiga mata seterusnya dalam saingan Liga Super.

Menurut pertahanan utama Sri Pahang iaitu Fadhli Shas, tumpuan utama mereka kini adalah untuk beraksi dengan baik tanpa melihat masalah yang dihadapi oleh pasukan tuan rumah.

“Sebenarnya, setiap pasukan berbeza dan kami perlu sentiasa fokus pada satu perlawanan ke satu perlawanan dan tidak mengambil mudah jika mahukan kemenangan.

“Matlamat utama kami ialah menang dan untuk memenangi perlawanan itu sudah pasti kami perlu bermain dengan konsisten dan saling bekerjasama.

“Biarpun lawan berdepan dengan masalah, kita tidak boleh mengambil mudah untuk mengelak terlepas mata.

“Kami perlu meneruskan rentak positif untuk berada pada kedudukan terbaik liga,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Untuk rekod pertemuan awal musim ini menyaksikan Sri Pahang berjaya mencatat kemenangan besar 4-1 di Stadium Darul Makmur hasil jaringan Kpah Sherman, Kevin Ingreso, Sergio Aguero, serta Stefano Brundo.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Menerusi kedudukan semasa pula, Sri Pahang berada di tangga keempat Liga Super, sementara Kelantan TRW kekal di kedudukan tercorot menerusi satu kemenangan sahaja dicatat musim ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN