PDRM Miliki Peluang Besar Untuk Ranapkan harapan 3 Mata Terengganu

PDRM menjadi salah satu pasukan paling mencuri tumpuan musim ini dalam saingan Liga Super 2023, selepas kejayaan mereka untuk mengejutkan beberapa kelab pilihan serta tampil begitu konsisten.

Walaupun tidak dibarisi ramai pemain bintang atau tonggak import terkemuka, pasukan ini masih mampu memberi saingan kepada kelab lain termasuk merekodkan beberapa kemenangan.

Musim pertama dalam saingan Liga Super, sebenarnya PDRM tidak dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan sebelum kejayaan mereka mula membuka mata ramai pihak pemerhati bola sepak tempatan.

Untjk aksi seterusnya, PDRM bakal melayan kunjungan Terengganu dan ini menjadi peluang terbaik buat Sang Saka Biru untuk sekali lagi melakar kejutan di halaman sendiri.

Beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), ia memberi kelebihan buat PDRM untuk cuba mengejutkan Terengganu yang juga mempunyai misi untuk meraih tiga mata di gelanggang lawan.

Walaupun sebelum ini PDRM mencatat kekalahan di tangan Kedah Darul Aman (Kedah) di lokasi yang sama menerusi keputusan penuh 0-2 hasil jaringan Lee Tuck serta Ifedayo Olusegun.

Secara keseluruhan mereka tampil dengan corak permainan begitu ampuh serta sukar untuk diatasi oleh Kedah dalam usaha Sang Kenari untuk memperoleh jaringan.

Malah, mereka juga juga mempunyai disiplin pertahanan yang sangat baik dan sudah pun dibuktikannya ketika perlawanan-perlawanan lalu bertemu pasukan pilihan.

Daripada segi jentera serangan, PDRM memiliki pemain tempatan berkualiti seperti Nabil Latpi serta gabungan penyerang import berpengaruh iaitu Uche Agba bersama Bruno Suzuki.

Tanpa nama-nama besar yang menyertai PDRM musim ini, kelihatan ianya tidak menjadi halangan buat PDRM untuk memberi persaingan sengit bersama kelab-kelab lain dalam setiap perlawanan dihadapi.

Bertemu Terengganu, pastinya Eddy Gapil mempunyai perancangan tersendiri dalam usaha untuk menyekat kemaraan lawan daripada mendapatkan sebarang mata di kubu kuat PDRM.

Pemain seperti Ivan Mamut serta Habib Haroon pastinya akan diberi lebih perhatian, ekoran pengaruh kedua bintang tersebut mampu memberi masalah besar buat PDRM sepanjang 90 minit aksi berlangsung.

Selain itu, Terengganu juga bakal mempertaruhkan pemain tengah import baharu mereka iaitu Nurillo Tukhtasinov yang pastinya akan memberi cabaran buat PDRM untuk menilai kekuatan tonggak tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN