3 Kapten Man United Paling ‘Sendu’ Pernah Diperkenalkan Era Kini

Manchester United merupakan salah satu kelab elit yang kaya dengan sejarah serta kejayaan-kejayaan mereka untuk mendapat pelbagai kejuaraan dalam dunia bola sepak serta diakui seluruh dunia.

Pengaruh United dalam dunia bola sepak tidak perlu dipertikaikan lagi, kerana pasukan tersebut sudah pun membuktikan kewibawaan mereka menerusi pelbagai rekod positif telah dikecapi.

Selain merangkul pelbagai kejuaraan, pasukan ini juga melahirkan ramai pemain-pemain berkualiti sehingga ada digelar sebagai antara legenda bola sepak dunia yang sangat berpengaruh.

Selain itu, tumpuan penyokong Th Red Devils sering terarah kepada kapten pasukan mereka yang suatu ketika merupakan nama-nama besar dalam dunia bola sepak dan masih menjadi sebutan sehingga kini.

Sebut sahaja Roy Keane, David Beckham, Gary Neville, Bryan Robson atau Eric Cantona pastinya semua mengenali sikap kepimpinan dibawa mereka menjadikan United cukup berpengaruh di atas padang.

Namun, pasukan tersebut juga turut tidak terlepas daripada kegagalan untuk antara kapten pasukan yang sangat lemah serta tiada pengaruh besar dibuat untuk rakan sepasukan lain menerusi penjelasan daripada Bola.com.

Ashley Young

Ashley Young mendapat peluang untuk menjadi sebagai kapten pasukan untuk United pada musim 2019/2020 dengan memegang tanggungjawab tersebut selama satu musim.

Ketika itu, United masih lagi bawah kendalian Ole Gunnar Solksjaer dan Young kurang memberi impak serta tidak banyak membarisi skuad utama United bersama prestasi tak konsisten.

Pada awal 2020, Young membuat keputusan mengejutkan untuk menyertai Inter Milan, dan status pemain tersebut kembali meningkat selepas beloau membantuj pasukan itu menjuarai Serie A.

Antonio Valencia

Bekas penyerang kebangsaan Ecuador ini mendapat peluang sebagai kapten pasukan ketika bawah era kejurulatihan Jose Mourinho pada musim 2018/2019.

Sepanjang bergelar Kapten, Valencia boleh dianggap sebagai pemain paling tidak berpengaruh bersama United kerana mengalami masalah kecederaan untuk tersisih.

Malah, rekod menunjukkan Valencia hanya beraksi sebanyak sembilan perlawanan sahaja sebelum mengambil keputusan untuk menyertai salah satu kelab di Ecuador iaitu LDU Quito.

Harry Maguire

Antara kapten United paling popular yang pernah disebut dalam kalangan penyokong bola sepak seluruh dunia sejak beberapa tahun ini.

Maguire diberi peranan sebagai kapten United pada awal tahun 2020 bagi menggantikan tugas yang sebelum itu dipegang oleh Young yang berpindah ke pasukan baharu.

Pada awal penyertaan, segalanya tampak baik buat United yang dianggap mempunyai peranan cukup penting sebagai pertahanan utama kelab dalam setiap perlawanan dihadapi.

Namun, pada musim-musim terakhir ini, Maguire kerap membuat kesilapan tak sepatutnya dan mula tersisih daripada berada dalam kesebelasan utama bawah kendalian Erik ten Hag.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN