Feroz Baharudin Luah Rasa Puas Hati Ledak Gol Untuk JDT

Feroz Baharudin boleh dianggap sedang menikmati perjalanan dalam dunia bola sepak profesional dengan sangat baik musim ini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi prestasi sangat membanggakan.

Apa tidaknya pada usia masih muda, Feroz sudah pun mempamerkan kualiti permainan yang sangat matang serta menjadi antara tunjang kekuatan JDT sejak awal musim.

Contohi JDT: Kelab Dilimpahi Barisan Bintang Terbuka Beri Peluang Buat Pemain Muda

Selain Arif Aiman Hanapi yang mengecapi detik gemilang selaku bintang muda JDT, tampil Feroz yang tidak kurang hebatnya beraksi ketika ini.

Malah, Feroz turut menjadi tonggak yang berjaya meledak salah satu jaringan ketika aksi membabitkan Harimau Selatan menentang Negeri Sembilan sebelum itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Bergandingan bersama bekas bintang Eropah seperti Jordi Amat, pastinya ia meningkatkan nilai pembelajaran pemain itu sendiri untuk tampil lebih baik pada masa akan datang.

Malah, Feroz juga mempunyai pakej terbaik selaku seorang pertahanan masa depan negara menerusi kualiti fizikal serta daya pembacaann bola sangat tepat untuk menghentikan momentum serangan lawan.

Jelas Feroz, pemain tersebut seolah kembali mendapat keyakinan dicari selepas terpaksa berehat seketika kerana mengalami kecederaan sewaktu mewakili skuad kebangsaan baru-baru ini.

Musim ini Feroz telah pun merekodkan dua jaringan sebenarnya dalam saingan Liga Super, dan sebagai pertahanan pastinya ia menjadi bonus terbaik buat beliau bagi meningkatkan momentum semasa.

“Pertama sekali saya bersyukur dapat jaringkan gol kedua peribadi dalam saingan liga. Ini adalah peluang untuk saya lakukan yang terbaik dan ini adalah kemenangan untuk kelab JDT.

“Gol yang dapat dijaringkan ini sangat membantu saya tingkatkan prestasi dan saya juga gembira kerana gol yang saya jaringkan adalah penting untuk kelab meraih kemenangan,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Feroz juga mengakui sebenarnya agak risau tentang prestasi semasa selepas pulih daripada kecederaan dan gol tersebut membantu untuk menaikkan kembali keyakinan beliau di atas padang.

“Pada awalnya agak bergelut selepas pulih dari kecederaan. Saya agak risau dengan prestasi saya selepas kembali bermain dan lega jaringan ini dapat berikan keyakinan untuk saya bersedia bagi menghadapi perlawanan akan datang,” jelasnya lagi.

Untuk aksi akan datang, dijangka gandingan Feroz bersama Jordi Amat sekali lagi akan dikekalkan Esteban Solari kerana kedua pemain tersebut jelas mempunyai persefahaman cukup baik di atas padang.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN