Lee Tuck Tampil Bersemangat Untuk Bantu Kedah Atasi PDRM

Pemain tengah naturalisasi negara, Lee Andrew Tuck kini tampil bersemangat untuk membantu pasukan diwakilinya iaitu Kedah Darul Aman (Kedah) berdepan PDRM untuk aksi malam esok di gelanggang lawan.

Beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kedah mempunyai misi sukar untuk kembali bangkit mencatat kejayaan selepas tewas 0-1 sebelum itu di tangan Terengganu.

Berbanding perlawanan lalu, kali ini ia dilihat tampak lebih baik buat Kedah dengan sekembalinya pemain-pemain tonggak Sang Kenari serta import baharu.

Untuk Lee Tuck, beliau memasang tekad untuk memberikan segalanya terbaik bersama Kedah bagi memastikan pasukan tersebut mencatat keputusan positif mengatasi lawan.

Apa tidaknya, Lee Tuck antara pemain tonggak yang tidak beraksi pada perlawanan lalu selain Manuel Ott kerana menjalani hukuman penggantungan selain turut membabitkan Nafuzi Zain.

Malah, pemain kelahiran England ini juga mengakui perit untuk menerima hakikat pada perlawanan lalu selepas beliau hanya mampu menonton dari jauh sahaja ketika Sang Kenari tewas kepada Terengganu.

“Ia keadaan yang sukar buat saya yang sekadar melihat dari jauh apabila apabila kami tewas 0-1 kepada TFC pada Isnin lalu yang menyebabkan kami keciciran mata dalam saingan yang semakin sengit di kelompok pasukan teratas liga.

“Namun berbekalkan semangat selepas dapat kembali beraksi bersama pasukan pada aksi menentang PDRM FC kali ini, saya mahu memastikan setiap perancangan yang dirancang pasukan mampu memberi hasil yang positif sekali gus bangkit menghasilkan tiga mata yang kami idamkan pada perlawanan ini.

“Bagaimanapun saya tetap menganggap perlawanan menentang PDRM FC ini satu cabaran yang sengit buat kami selepas tewas pada aksi pertama sebelum ini dan ini membuat kami rasa lebih bersemangat,” katanya menerusi Harian Metro.

Musim ini segalanya bermula dengan sangat baik buat Lee Tuck, selepas beliau telah pun merekodkan empat gol serta empat bantuan jaringan daripada 13 perlawanan dihadapi.

Pada masa sama, Lee Tuck melihat kemasukan dua pemain import baharu Sang Kenari kini sebagai sesuatu yang positif untuk memantapkan keadaan semasa pasukan.

Menerusi kualiti dimiliki oleh dua pemain import Kedah kini iaitu Moses Atede serta Ifedayo Olusegun, mampu meningkatkan lagi mutu permainan Sang Kenari kepada peringkat lebih tinggi.

“Walaupun mereka tidak punyai banyak masa membentuk keserasian, namun mereka bekerja keras untuk cepat menyesuaikan diri sepanjang latihan,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN