Edwin van der Sar Kini Di ICU, Alami Pendarahan Otak

Penjaga gol legenda Belanda dan Manchester United, Edwin van der Sar kini dimasukkan dalam hospital selepas mengalami komplikasi teruk di bahagian kepala.

Penjaga gol tinggi lampai kitu dilaporkan mengalami pendarahan di bahagian otak dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menurut Sky Sports, Van Der Sar terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pada Jumaat dan keadaannya mula stabil.

Akan tetapi, walaupun stabil tetapi kedudukannya masih lagi membimbangkan dan perlu diberikan perhatian sebaiknya.

Mewakili keluarga Edwin, isterinya iaitu Annemarie mengatakan mereka amat terharu dengan sokongan yang diterima terhadap legenda itu.

”Keadaannya adalah stabil tetapi masih lagi merisaukan. Info ini dikongsikan bagi mewakili isterinya iaitu Annemarie.

”Keluarga Van Der Sar, juga bersama-sama Ajax amat terharu dan tersentuh dengan begitu banyak mesej sokongan yang diterima,” kata Ajax Amsterdam yang mengeluarkan kenyataan rasmi.

Situasi ini amat membimbangkan kerana secara tiba-tiba sahaja pemain tersebut mengalami situasi itu dan perlu dikejarkan terus ke bahagian ICU hospital.

Beliau yang kini merupakan pengarah di Ajax merupakan antara penjaga gol yang cukup cemerlang dalam kariernya terutamanya ketika bersama-sama United.

Van Der Sar merangkul pelbagai kejuaraan seperti Premier League, UEFA Champions League dan FA Cup bersama-sama United.

Semoga Van Der Sar cepat sembuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN