Skuad B-17 Negara Intai Peluang Beraksi Di Pentas Olimpik

Skuad kebangsaan bawah 17 (B-17) bakal memulakan kempen Piala Asia B-17 pada 15 Jun ini dalam misi untuk cuba mencipta kejutan mengintai slot ke pentas Olimpik serta merebut slot ke Piala Dunia 2023.

Selepas tampil dengan begitu gah pada aksi kelayakan lalu, prestasi skuad B-17 negara nyata tidak menurun dan momentum tersebut dilakar ketika mereka menjalani kem latihan pusat di Qatar beberapa bulan lalu.

Daripada enam perlawanan dihadapi Malaysia, skuad kendalian Osmera Omaro berjaya merekodkan lima kemenangan berturut-turut serta hanya sekali tewas pada aksi terakhir.

Statistik gol yang dihasilkan skuad pembangunan negara ini juga memberansangkan menerusi 21 jaringan dilakar serta hanya dibolosi empat kali sahaja walau beraksi pada bulan Ramadan.

Terbaharu, Malaysia B-17 hanya mencatat kekalahan tipis 2-3 sahaja di tangan Uzbekistan menerusi aksi persahabatan dibuat sebelum ke saingan Piala Asia.

Pastinya momentum positif ini ingin diteruskan mereka supaya pasukan tersebut mampu memberi reaksi positif ketika saingan itu berlangsung serta menghidupkan peluang mengintai slot ke Piala Dunia.

Untuk saingan Piala Asia ini, para pemain muda negara perlu mempamerkan semangat yang tinggi selain berdisiplin penuh, sekiranya mahu melakar kejayaan yang pastinya membanggakan seluruh peminat bola sepak tempatan.

Menurut Osmera Omaro selaku pengendali skuad B-17 negara, walaupun dijangka mereka bakal menerima tentangan sengit pada peringkat kumpulan, secara keseluruhannya tiada yang mustahil untuk barisan bintang muda Malaysia mencipta sesuatu positif.

Malaysia B-17 telah ditempatkan dalam Kumpulan A untuk bertemu tuan rumah iaitu Thailand, Yaman, serta Laos untuk mencari slot ke pusingan seterusnya.

Jelas Osmera, sasaran utama ketika ini untuk skuad B-17 negara ialah menjadi empat pasukan terbaik kejohanan tersebut bagi mendapatkan slot ke Piala Dunia 2023 nanti.

“Pada saingan Piala Asia B-17 sebenarnya tiada sasaran diletakkan namun kami cuba beraksi dengan baik untuk merealisasikan impian banyak pihak untuk melayakkan diri ke saingan Piala Dunia 2023.

“Berdasarkan kepada prestasi semasa, kami berada pada tahap terbaik sekali gus mungkin juga menjadi peluang untuk beraksi di pentas Olimpik.

“Walaupun berada pada tahap terbaik ketika ini namun kami perlu berhati-hati dan sentiasa mengekalkan disiplin dan komitmen tinggi untuk memperoleh keputusan positif,” katanya menerusi Harian Metro.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Pada masa sama, Malaysia B-17 dilaporkan bakal menghadapi saingan Piala Asia di Thailand tanpa kelibat kapten mereka yang mengalami kecederaan iaitu Danish Darus.

“Secara peribadi, kemungkinan kita boleh melepasi peringkat kumpulan namun lawan yang bakal kita jumpa di suku akhir mungkin Korea Selatan atau Iran.

“Ketika ini, kapten pasukan (Danish) mengalami kecederaan sekali gus terpaksa diketepikan namun tidak perlu bimbang kerana ada yang mampu menggantikannya pada saingan Piala Asia itu,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN