Nafuzi Zain Anggap Tak Mudah Menentang Pasukan Bawahan

Pengendali utama Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Nafuzi Zain pastinya menjadi individu penting ketika ini untuk memastikan keputusan positif terus dilakar Sang Kenari untuk perlawanan seterusnya.

Kedah bakal melayan kunjungan Perak untuk aksi Liga Super 2023 seterusnya dalam misi mereka untuk terus mendapatkan tiga mata penuh di laman sendiri.

Beraksi di Stadium Darul Aman (SDA), segala kelebihan tampak menjadi milik Kedah menerusi sorakan positif bakal diterima mereka oleh para penyokong Sang Kenari untuk menaikkan motivasi pasukan.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Malah, momentum Sang Kenari ketika ini juga berada dalam keadaan terbaik selepas masih segar menerusi kemenangan 2-1 ketika mereka menewaskan Sabah di gelanggang sama.

Selain itu, Kedah juga sudah pun membuktikan Perak masih berada pada tahap berbeza untuk menewaskan mereka selepas kemenangan besar 4-1 dilakar pasukan tersebut ketika berada di Ipoh.

Walaupun begitu, Nafuzi enggan memandang mudah cabaran lawan dengan menasihatkan para pemain supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran Perak malam ini.

Malah, Nafuzi juga mahu mengambil pendekatan lebih berwaspada selepas melihat sejarah perlawanan membabit Sang Kenari sebelum ini yang pernah tewas dalam keadaan tidak dijangka.

“Meskipun menang 4-1 ke atas Perak FC pada perlawanan sulung liga Februari lalu, kami tetap perlu lebih berwaspada dengan kemampuan dan kebangkitan mereka.

“Bukan mudah jika menentang pasukan dianggap pasukan bawahan kerana sebelum ini ada kejutan yang berlaku dalam liga apabila pasukan besar tewas mengejut.

“Malah, kami pernah mengalami situasi itu dan perlu ambil setiap pengajaran berguna apabila menentang Perak FC kali ini.

“Pasukan yang tewas, mestilah tidak mahu terus kecewa dan mereka akan cuba untuk bangkit memburu keputusan positif dan menghukum pasukan yang lalai,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Nafuzi juga menyatakan ketika ini beliau mahu memfokuskan sepenuhnya untuk aksi malam ini serta mengekalkan rentak kemenangan di laman sendiri bagi memperbaiki kedudukan carta liga.

Ketika ini, Kedah berada di tangga keempat liga untuk berkongsi mata bersama Sri Pahang di kedudukan ketiga selepas mencatat lapan kemenangan daripada 13 perlawanan dihadapi mereka musim 2023.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN