Real Madrid Diarah Untuk Tandatangani Harry Kane Sebagai Pengganti Benzema

Kelab gergasi Eropah iaitu Real Madrid secara rasminya sudah pun melepaskan bekas penyerang berbisa mereka, Karim Benzema untuk saingan musim hadapan walaupun pemain tersebut masih mempunyai baki kontrak lagi setahun.

Kenyataan ini telah pun dikeluarkan semalam, dan mendapat pelbagai reaksi daripada para penyokong bola sepak Real Madrid di seluruh dunia tentang perpisahan Benzema bersama pasukan itu.

Ada juga yang kini mendesak supaya Real Madrid bertindak lebih pantas untuk mendapatkan pengganti kepada penyerang tersebut secepat mungkin serta memiliki kualiti terbaik untuk mewakili pasukan itu masa hadapan.

Apa tidaknya, Benzema boleh dianggap sebagai salah satu penyerang terbaik permah ditandatangani Real Madrid, selepas sumbangan besar telah diberikan pemain tersebut sepanjang dalam saingan LaLiga.

Malah, impak positif Benzema menyaksikan penyerang itu turut dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or untuk mengetepikan ramai calon hebat lain.

Ketika ini, dilaporkan Benzema telah menyertai saingan liga di Arab Saudi dengan salah satu pasukan berpengaruh iaitu Al Ittihad yang kini merupkan juara untuk Saudi Pro League.

Menurut Sportbible, Benzema telah mendapat tawaran mega daripada Al Ittihad dengan nilai sebanyak £345 juta selama dua tahun dan bakal berpasangan bersama penyerang dari Maghribi iaitu Abderrazak Hamdallah.

Sehingga kini, Real Madrid menumpukan kepada posisi penyerang dengan Mariano Diaz turut akan meninggalkan pasukan tersebut pada musim panas ini.

Pengurus kelab tersebut iaitu Carlo Ancelotti kini dilaporkan telah mencadangkan kepada pengurusan atas kelab supaya mereka menandatangani khidmat Harry Kane sebagai pengganti kepada Benzema.

Kane bukan lagi satu nama asing dalam dunia bola sepak, selepas ketajaman beliau sudah pun diakui ketika mewakili Tottenham Hotspur serta bersama England.

Malah, Kane juga ketika ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk melanjutkan kontrak baharu bersama Hotspurs walaupun mempunyai baki selama 12 bulan sahaja lagi.

Ketika ini, Ancelotti sudah pun mengadakan pertemuan bersama barisan tertinggi kelab untuk mengadakan perbincangan semasa dan nama Kane turut disebut sebagai calon penyerang baharu Real Madrid.

Walaupun begitu, Real Madrid perlu menyedari tentang Manchester United juga turut serius kini untuk mendapatkan khidmat Kane sejak beberapa bulan lalu lagi bawah pemantauan Erik Ten Hag.

Malah, Kane sendiri juga pernah menyatakan untuk terus kekal dalam saingan English Premier League (EPL) demi memecahkan rekod jaringan legenda bola sepak, Alan Shearer walaupun menunjukkan rasa minat kepada Real Madrid.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN