Nor Hakim Hassan Beri Sebab Kenapa Pilih Sertai Terengganu

Penyerang lincah kebangsaan, Nor Hakim Hassan boleh dianggap sedang berada dalam prestasi terbaik beliau sejak musim lalu bersama Selangor, sehingga dipilih untuk menyertai pasukan negara.

Walaupun begitu, musim ini kelibat Nor Hakim tidak begitu menonjol bersama Selangor selepas beliau hanya beraksi empat perlawanan bersama pasukan tersebut.

Selaku pemain yang dominan di posisi sayap kiri, Nor Hakim terpaksa bersaing dengan bintang kebangsaan iaitu Faisal Halim dalam kesebelasan utama.

Penyertaan Nor Hakim bersama Terengganu boleh dianggap lembaran baharu buat pemain tersebut untuk kembali menyerlah di atas padang serta mendapat ruang untuk kembali menyertai skuad kebangsaan.

Jelas pemain tersebut, penyertaan beliau bersama Terengganu disebabkan keinginannya sendiri untuk kembali berbakti bersama pasukan lamanya mendorong Nor Hakim menandatangani kontrak bersama Sang Penyu.

Tambahan lagi, Nor Hakim mengakui itu merupakan salah satu impiannya untuk kembali mewakili Terengganu selepas kali terakhir bersama pasukan tersebut pada tahun 2014 bawah kendalian Abdul Rahman Ibrahim.

“Sebenarnya pasukan Terengganu sentiasa dalam ingatan dan menjadi impian saya untuk menyarung jersi pasukan ini walaupun sebelum ini saya pernah bersama TFC bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman.

“Kini impian itu menjadi realiti apabila saya kembali mewarnai pasukan negeri kelahiran, apa yang pasti saya berazam untuk membantu pasukan ini mencapai kejayaan yang lebih baik dalam kancah Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan juga Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia),” jelas Nor Hakim menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Nor Hakim mengakui faktor yang menyebabkan beliau kembali menyertai Terengganu disebabkan sentuhan pengendali pasukan tersebut iaitu Tomislav Steinbruckner.

“Saya sangat faham apa yang diinginkan oleh oleh Tommy (Tomislav Steinbruckner) yang juga bekas jurulatih saya ketika menyarung jersi T-Team FC pada tahun 2015, saya sudah biasa dengan kaedah latihan dan pembentukan disiplin yang diinginkan beliau.

“Bagaimanapun mungkin corak latihan bakal berbeza pada kali ini kerana dulu membimbing T-Team selain zamannya berbeza, tapi saya anggap itu semua sebagai cabaran untuk cepat memahami apa yang direncanakan oleh jurulatih.

Apa yang pasti saya tidak sabar untuk menyarung jersi TFC selepas pintu jendela kedua dibuka bermula 5 Julai ini,” katanya lagi dengan bersemangat.

Menerusi kualiti gelecekan serta tajam di hadapan gol, pastinya kehadiran Nor Hakim akan memberi tenaga baharu buat Steinbruckner di posisi serangan, selepas mereka kehilangan tonggak pasukan iaitu Syafiq Ismail kerana kecederaan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN