Manzoor Azwira: “Kata Pasukan Hebat Dalam Malaysia, Mainlah Macam Biasa”

Adriano Hong Wan Afiq Fazail Penang JDT 2023 Manzoor Azwira

Pengendali Interim Penang, Manzoor Azwira mempersoalkan bagaimana gaya Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘mengekang’ asakan mereka dalam aksi ke-13 Liga Super 2023 yang menyaksikan pelawat mengatasi tuan rumah.

JDT telah mengatasi Penang 2-0 di Stadium Bandaraya – antara rekod jaringan terendah mereka dalam 12 perlawanan liga pada musim ini.

Ia ternyata perlawanan yang sengit antara kedua-dua pasukan, namun terganggu dek kerana beberapa situasi yang tak sepatutnya berlaku.

JDT membuka akaun jaringan pada minit ke-18 menerusi rembatan deras dan rendah oleh bek kiri, Corbin Ong pada minit ke-18 untuk meletak JDT satu gol di depan sehingga berakhir aksi babak pertama, malam tadi.

Perlawanan turut dihiasi dengan hujan lebat yang mula turun di babak kedua perlawanan. Namun, aksi di padang sentiasa panas dan sengit.

Selepas beberapa siri ketegangan yang sedikit sebanyak telah merencatkan tempo perlawanan yang rancak, JDT akhirnya memperolehi jaringan kedua, lima minit sebelum aksi berakhir menerusi jaringan Fernando Forestieri.

Manzoor lebih berminat untuk bercakap tentang gaya permainan yang dipersembahkan oleh pasukan hebat seperti JDT berbanding mutu pengadilan. Ini kerana, sebelum ini, banyak pihak gemar mempersoalkan gaya permainan lawan JDT yang dikatakan lebih gemar untuk ‘parking bas‘.

Saya tidak mahu cakap tentang mutu pengadilan tetapi saya lebih kepada mahu ‘counter’ balik. Bila pasukan-pasukan bermain dengan JDT, orang kata ‘parking bas’, tak memajukan bola sepak Malaysia. Saya mahu ‘counter’ balik [kenyataan itu],” ujarnya di sidang media selepas perlawanan tersebut.

Penang cuba bermain bola sepak. Kita cuba mahu melepasi kawasan tengah padang ke bahagian serangan. Tetapi kita diperlakukan dengan ‘foul’ yang dalam terma bola sepak ada yang kata ‘tactical foul’,” ungkapnya.

Tetapi, ‘tactical foul’ itu yang logik dan sesuailah. Saya cuma simpati pada penyokong yang datang dan yang tengok kita di TV. Mereka mahu tengok bagaimana serangan ke arah JDT dan bagaimana JDT mahu kekang, tetapi ia tidak berlaku disebabkan itu. Kalau ‘parking bas’ orang kata tidak memajukan bola sepak, bagaimana dengan situasi sebegini?” soalnya tentang isu itu.

Baginya, sesetengah situasi boleh dikawal dan tidak sepatutnya dihentikan perlawanan atas faktor yang dikatakan sebagai ‘tactical foul’. Dan JDT tentunya mengambil kesempatan untuk menyusun permainan apabila aksi terhenti. “Kadang-kadang, benda itu tak sepatutnya ‘foul’,” tegasnya.

Kata pasukan yang hebat dalam Malaysia, mainlah. Tak perlu buat perkara-perkara yang orang kata profesional [foul], kita mainlah. Baru ‘syok’ orang tengok. Kalau ‘parking bas’ orang kata, tak memajukan bola sepak. Kalau situasi begini, maju ka?” soalnya lagi tentang istilah popular tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN