Ini Sebab PDRM Layak Dilabel Sebagai ‘The Giant Killers’

Pendatang baharu Liga Super 2023 iaitu PDRM terus tampil dengan elemen kejutan, selepas pasukan tersebut cemerlang menewaskan Selangor menerusi kemenangan tipis 1-0.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), skuad kendalian Azzmi Aziz berjaya mengejutkan pelawat iaitu Selangor dengan kemenangan tidak diduga untuk terus mendapatkan tiga mata berharga.

Musim ini PDRM boleh dianggap sebagai salah satu pasukan paling menyerlah yang hadir daripada saingan Liga Premier berbanding tiga lagi kelab lain iaitu Kelantan TRW, Kelantan United, Perak, serta Kuching City.

Walaupun tidak begitu banyak yang boleh diperkatakan mengenai persiapan pasukan tersebut pada awal musim ini, PDRM dengan cemerlang berjaya mengejutkan ramai pemerhati bola sepak tempatan.

Bawah kendalian Azzmi Aziz, PDRM musim ini telah pun mencatat lima kemenangan daripada 13 perlawanan Liga Super dihadapi bersama aksi cukup menyakinkan.

Bermula dengan siri kemenangan mengejut ke atas Kedah Darul Aman (Kedah) di Stadium Alor Setar, nama pasukan ini secara tiba-tiba disebut dan ramai tidak menjangkakan keputusan tersebut berlaku.

Selepas itu, mereka juga sekadar tewas tipis 0-1 kepada gergasi Liga Malaysia (Liga M) iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) tatkala kelab lain semua menjadi mangsa amukan pasukan kendalian Esteban Solari itu.

Pada aksi tersebut, PDRM mengamalkan pendekatan corak permainan bertahan yang cukup berdisiplin sehingga ia menyukarkan pemain serangan JDT untuk cuba memecah masuk.

Malah, The Cops juga tidak mengalami masalah besar untuk merekodkan kemenangan terbesar mereka pada musim ini untuk mengetepikan Kelantan TRW menerusi keputusan 4-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Terbaharu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe pula menjadi mangsa kejutan PDRM dan tidak keterlaluan untuk menyatakan pasukan tersebut layak digelar sebagai, ‘The Giant Killer’ musim ini.

Menerusi persiapan lebih sederhana tanpa publisiti yang meluas diberikan, Azzmi berjaya membentuk satu skuad yang serba berkualiti di segenap posisi termasuk rangkaian import ditandatangani.

Malah, pemain seperti Marcus Macauley, Bruno Suzuki, Fadi Awad, serta Norfiqrie Talib antara tunjang kekuatan PDRM musim ini dengan persembahan sangat berkualiti diberikan.

Tanpa tekanan besar, PDRM dijangka bakal meneruskan momentum terbaik mereka untuk aksi berdepan Sabah selepas ini jika lawan tidak berhati-hati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN