Pemain tengah Arsenal, Martin Odegaard kini menjadi antara tumpuan utama kebanyakan kelab lain selepas kelibat tonggak tengah ini tampil sangat cemerlang bersama The Gunners dalam setiap perlawanan disertai.
Kehadiran Odegaard di posisi tengah jelas banyak membantu pasukan kendalian Mikel Arteta ini untuk meraih keputusan positif dalam perlawanan menerusi kualiti ditampilkan beliau.
Martin Odegaard. https://t.co/Trt7wEEb10 pic.twitter.com/WZUd3EwVTT
— FN 🇵🇸 (@FaisalNadeem_1) May 26, 2023
Hasilnya, Arsenal berjaya meraih kedudukan kedua dalam saingan English Premier League (EPL) musim ini bersama prestasi di luar jangkaan untuk mengatasi beberapa kelab tumpuan lain.
Malah, Arsenal juga bertahan dengan sangat lama di puncak liga sebelum beberapa kesilapan dibuat menyaksikan Manchester City kembali mendominasi kedudukan teratas sehingga tamat.
Musim ini Odegaard telah pun merekodkan 15 jaringan secara keseluruhan daripada 37 penampilan bersama Arsenal, selain turut mencipta tujuh bantuan gol.
Saat Erling Haaland dijulang penyokong sebagai pemain terbaik tahunan, masih ada ramai yang mahu Odegaard mendapat gelaran tersebut menerusi prestasi cemerlang ditampilkannya.
Terkini, Sportbible melaporkan gergasi dari Perancis iaitu Paris Saint-Germain (PSG) meletakkan Odegaard sebagai sasaran terbaharu mereka untuk ditandatangani masa hadapan.
Untuk rekod, Odegaard yang pernah beraksi bersama Real Madrid serta Real Sociedad sebelum itu masih lagi mempunyai baki kontrak selama dua musim bersama Arsenal.
PSG have made contact with Arsenal over a potential move for Martin Odegaard, according to the Daily Mail 🗞 pic.twitter.com/ffeqeRGgok
— GOAL (@goal) May 30, 2023
Malah, Odegaard juga dijangka tidak akan meninggalkan kelab tersebut selepas bersusah payah membantu Arsenal untuk mendapatkan slot UEFA Champions League (UCL) selain peluang beraksi dalam kesebelasan utama.
Malah, Odegaard sendiri dilaporkan gembira bersama kelab ini selepas menyertai secara perpindahan kekal pada tahun 2021 dengan nilai sebanyak £30 juta.
Walaupun begitu, bintang ini juga tidak terlepas untuk menjadi salah seorang pemain yang kecewa selepas mereka gagal dalam perlumbaan untuk menamatkan saingan di tangga teratas.
“Kami semua tidak gembira dengan kesudahan yang diterima pada akhir musim ini dengan merasa sangat kecewa selepas melihat pengakhirannya.
“Tapi bila kekecewaan itu beransur pergi dengan mengambil sedikit masa, kami akan melihat kembali perjalanan dilalui dan merasa bangga. Cuma kini ianya sangat sakit dan mengecewakan,” terang Odegaard.