Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan ramai pemerhati bola sepak negara untuk menjadi pasukan terakhir yang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala FA 2023.
Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), JDT berjaya melakar kemenangan 5-0 mengatasi Penang yang serba tidak begitu menjadi sejak wisel awal dibunyikan.
Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim mengesahkan tempat di separuh akhir Piala FA 2023!#PialaFA2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/NSF5LTUQil
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 28, 2023
Semua gol JDT masing-masing diledak oleh pemain Penang sendiri iaitu Ousmane Fane, Jordi Amat, Arif Aiman Hanapi, Corbin Ong, serta Syafiq Ahmad untuk meneruskan momentum terbaik pada musim ini.
Awal permainan menyaksikan tuan rumah jelas menguasai permainan seperti kebiasaan untuk menekan pelawat menerusi beberapa siri serangan berbahaya yang dicipta.
Sementara Penang pula lebih banyak bertahan dengan hampir keseluruhan pemain berada di kawasan sendiri untuk menyerap setiap tekanan yang dibuat oleh JDT dari segenap arah.
Selepas lima minit permainan berlangsung, Penang akhirnya memiliki satu gerakan menarik pantas yang cuba dicipta untuk memberi tekanan kepada lawan sebelum digagalkan dengan baik oleh pertahanan tuan rumah.
JDT jelas memiliki sedikit kesukaran untuk cuba mencari ruang mendapatkan gol, selepas pertahanan Penang tampil dengan begitu berdisplin untuk menutup setiap peluang cuba diterjemahkan lawan.
Nik Akif akhirnya mendapat peluang lebih baik buat Penang menerusi satu percubaan deras jarak jauh dilepaskan beliau, sebelum bola tersebut sedikit tersasar keluar di sebelah kiri gawang JDT pada minit ke-16.
Selang seminit kemudian, giliran Juan Muniz pula tampil menerusi satu percubaan jarak jauh yang jauh sebelum bola tersebut jauh tinggi tersasar dari gawang gol pelawat.
Muniz sekali lagi tampil dengan percubaan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-18 namun kali ini ia berjaya diselamatkan dengan baik oleh Muhammad Azfar Arif.
JDT akhirnya mendapat jaringan awal mereka pada minit ke-31 menerusi jaringan sendiri pemain Penang iaitu Ousmane Fane yang secara tidak sengaja menolak masuk bola ke dalam gawang, selepas percubaan Fernando Forestieri terkena pemain tersebut.
Pada minit ke-37, tampil Jordi Amat pula untuk meledak gol kedua buat JDT menerusi satu rembatan kencang yang dilepaskan beliau dalam petak penalti untuk menewaskan Azfar Arif.
JDT dihadiahkan sepakan penalti, selepas salah seorang pemain Penang terkena bola di bahagian tangan dalam kawasan tersebut dan ianya disudahkan dengan baik oleh Arif Aiman Hanapi pada minit ke-48.
Walaupun ada beberapa kemasukan pemain baharu dibuat oleh Manzoor Azwira pada awal separuh masa pertama, tidak banyak perubahan dapat dibuat Penang dalam usaha untuk mendapatkan gol.
Corbin-Ong adds another! 👏🏽#JDTvPEN#PialaFA2023#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/QR8uinKzej
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 28, 2023
Hasrat Penang untuk cuba bangkit terus terpadam, selepas giliran Corbin Ong pula tampil untuk meledak gol keempat buat JDT menerusi kaki kanan beliau pada minit ke-58.
Memasuki minit-minit akhir permainan, JDT masih lagi konsisten menguasai permainan sambil beberapa pertukaran dibuat oleh Esteban Solari untuk mengekalkan momentum perlawanan.
Penyerang gantian, Syafiq Ahmad menamatkan terus perjuangan Penang menerusi jaringan beliau pada minit ke-92 untuk meletakkan JDT terus selesa di laman sendiri.
Keputusan perlawanan kekal dengan JDT berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala FA, selepas pasukan tersebut cemerlang menewaskan Penang menerusi keputusan penuh 5-0 di laman sendiri.
Kesebelasan utama
Johor Darul Ta’zim (JDT): Mohd Farizal Marlias (Kapten)(Penjaga Gol), Matthew Thomas Davies, Jordi Amat Maas, Diogo Luis Santo, Shane Thomas Lowry, Juan Muniz Gallego, La’vere Lawrence Corbin-Ong, Endrick dos Santos Parafita, Ignacio Insa Bohigues, Arif Aiman Mohd Hanapi, Fernando Martin Forestieri
Penang: Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri (Penjaga Gol), Mohammad Khairul Akmal Rokisham, Hassan Saad, Adriano Aparecido Narcizo, Rafael Vitor Santos de Freitas (Kapten), Muhammad Hadin Azman, Ousmane Fane, Mohamad Faris Shah Mohd Rosli, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhammad Azmeer Aris Nor Rashid, Muhammad Adib Abdul Ra’op