Kerana Kuat Berjudi, Ivan Toney Digantung 8 Bulan

Ivan Toney

Penyerang utama Brentford, Ivan Toney tidak dapat menahan diri daripada ketagihan berjudi dalam sukan bola sepak dan ini nyata membawa padah kepadanya.

Hal ini kerana, pemain tersebut telah pun sah digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama lapan bulan selepas didapati bersalah melanggar peraturan mengenai perjudian bola sepak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FA England, Toney digantung serta merta daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama lapan bulan dan ini bermakna penyerang itu tidak akan menamatkan musim Premier League bersama The Bees.

Sebelum ini, Toney didakwa sebanyak 262 pertuduhan yang melanggar peraturan FA E8 daripada 23 Februari 2017 hingga 23 Januari 2023.

Pertuduhan yang terlalu banyak itu sebenarnya telah pun dikurangkan sedikit oleh pihak FA England dengan badan induk bola sepak tersebut mengurangkan 30 pendakwaan ke atas pemain tersebut – menjadikannya ia cuma 232.

Walaupun tidak dibenarkan terlibat dalam aksi kompetitif bola sepak selepas ini, Toney tetap dibenarkan untuk menjalani latihan hanya bersama-sama kelabnya.

Hal ini disebabkan, hukuman Toney hanya akan bermula pada 17 September 2023.

Apa yang berlaku kepada Toney ini jelas merupakan satu pengajaran yang perlu diambil oleh semua pihak bukan sahaja pemain, tetapi jurulatih dan serta penyokong kerana berjudi ini adalah satu perkara yang salah.

Malah, dalam agama juga telah mensyariatkan yang berjudi adalah satu perkara yang haram.

Oleh itu, jauhi la judi dan juga arak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN