Lihat Aksi Garang Man City Bertemu Real Madrid Buat Man United Menggigil Ketakutan

Penyokong Manchester United terketar-ketar melihat persembahan luar biasa mantap Manchester City ketika membelasah Real Madrid awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan dari Manchester itu bakal bertemu di pentas perlawanan akhir saingan FA Cup dan ketika melihat aksi hebat The Citizens hari ini, penyokong United mula bimbang mereka bakal menjadi mangsa seterusnya.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu berjaya membelasah Real Madrid 4-0 untuk mengesahkan tempat beraksi di pentas perlawanan akhir bertemu Inter Milan.

Aksi hebat yang dipamerkan oleh The Citizens menunjukkan yang mereka sebenarnya sudah tidak sabar untuk membawa pulang gelaran Champions League pertama kelab ke Etihad.

Manchester City berjaya membuktikan yang mereka merupakan pasukan terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, dan mereka kini tentu saja sudah terlalu berkobar-kobar mahu menjulang Piala idaman kelab itu.

Walau bagaimanapun, Champions League bukanlah satu-satunya Piala yang boleh mereka menangi musim ini dengan Man City turut berpotensi untuk menjulang gelaran liga dan Piala FA.

The Citizens selepas ini akan turun beraksi bertemu Manchester United dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala FA.

Melihat persembahan mantap yang dipamerkan oleh skuad Man City hari ini, para penyokong Manchester United sepertinya sudah sangat bimbang untuk menanti detik pertemuan mereka di pentas perlawanan akhir Piala FA.

Para penyokong Manchester United bimbang mereka akan menerima nasib yang sama dalam aksi perlawanan akhir nanti dan ada antara mereka yang turut bimbang nasib mereka bakal lebih teruk dari Real Madrid.

Peminat di media sosial benar-benar takut untuk memikirkan apa yang akan berlaku kepada skuad mereka, andai Man City konsisten pamer aksi sama di Wembley nanti.

“Saya rasa kalau City bermain seperti ini, mereka akan dahului kita 3-0 dalam tempoh 10 minit pertama sahaja.”

“Kalau ini City pamerkan ketika bertemu kita nanti, ia akan jadi seperti keputusan perlawanan cricket, ditambah pula memikirkan kita ada penjaga gol yang hebat dan kemahiran kawalan bola pemain-pemain kita, wahhh saya takut untuk fikirkannya.”

“Skuad ini akan telan Man United hidup-hidup.”

“Tolong lah, batalkan saja perlawanan akhir Piala FA, ini bukan tahap kita, saya tak sanggup diaibkan.”

Manchester United ketika ini sedang berjuang untuk mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas dengan Liverpool kini sepertinya hanya menanti peluang sahaja untuk memintas skuad The Red Devils itu.

Selepas berjaya menjulang gelaran Carabao Cup, penyokong United jelas sekali sangat berharap mereka bakal mampu untuk menjulang gelaran kedua pada musim ini.

Namun melihat aksi hebat Man City, sepertinya agak sukar untuk mereka melihat hal itu berlaku.

Walau bagaimanapun, dek kerana bola itu bulat, tidak akan mengejutkan sama sekali andai Man United mampu tewaskan Man City di pentas perlawanan akhir nanti seterusnya menjuarai gelaran Piala FA musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN