Beberapa kelab dari liga bola sepak Inggeris bertekad mengugut mahu menyaman Everton £300 juta andai kelab dari Merseyside itu berjaya menyelamatkan diri dari tersingkir ke saingan Championship.
The Toffees sebenarnya antara pasukan yang tidak pernah tersingkir dari saingan Premier League sejak dari tahun 1992 lagi.
Mereka pada ketika ini sedang berada di kedudukan ke-17 dalam carta saingan liga, dengan Everton hanya satu mata sahaja dipisahkan dari zon penyingkiran.
https://twitter.com/socialballistic/status/1658754236740513793?s=20
Everton pada kini sedang bersaing rapat dengan Leeds United dan Leicester untuk mengelak dari zon penyingkiran.
Southampton pada minggu lalu telah sah menjadi pasukan pertama yang tersingkir, dengan dua lagi tempat masih belum boleh ditentukan kerana telah berlakunya persaingan yang sangat sengit di zon penyingkiran dalam saingan Premier League.
Ketika semua mata tertumpu kepada persaingan di zon penyingkiran, tular berita yang menyatakan bahawa Everton berpotensi untuk berdepan hukuman berat andai mereka berjaya menyelamatkan diri dari tersingkir.
Menurut sumber laporan dari Daily Mail, Everton berpotensi untuk berdepan hukuman denda yang sangat besar andai mereka berjaya menyelamatkan diri dari zon penyingkiran.
Laporan tersebut turut menyatakan yang Southampton, Leicester, Leeds United, Nottingham Forest dan Burnley mahu menyaman Everton kerana merasakan The Toffees telah melanggar peraturan berkait urusan perbelanjaan kelab.
Rival clubs threaten to sue Everton for £300MILLION with Leeds, Leicester, Nottingham Forest, Southampton and Burnley furious
✍️ @MattHughesDM https://t.co/0JWQjjjBaB
— Mail Sport (@MailSport) May 17, 2023
Kedua-dua Leeds dan Burnley telah memberikan ancaman tersebut sejak setahun yang lalu selepas mereka mendakwa Everton melanggar perturan Profit and Sustainability (P&S).
Walau bagaimanapun, Premier League pada ketika itu menyatakan yang Everton sudah memberikan segala bukti yang membuktikan mereka tak bersalah dan kekeliruan itu berlaku kerana masalah dan impak dari penularan COV-19 pada ketika itu.
Namun begitu, Everton kemudian berdepan satu lagi pertuduhan pada Mac lalu selepas maklumat terkini akaun dimuat naik dengan mereka sebenarnya mencatatkan kerugian bernilai £313.5 juta dalam tempoh tiga tahun terakhir.
Mengikut peraturan yang telah ditetapkan, setiap kelab tidak boleh menanggung kerugian lebih dari £105 juta untuk tempoh tiga tahun.
This is from March 2023
They been referred to an independent comission over the said ffp breach?
The PL seemed to have stabbed them in the backhttps://t.co/GyW8u5sFLf— zapaz (@zapaz66) May 9, 2023
Dan walaupun selepas mengambil kira kerugian akibat COV-19 dan penolakan untuk dana bola sepak wanita diambil kira, Everton sebenarnya dilaporkan masih mencatatkan jumlah kerugian yang lebih dari yang sepatutnya.
Lima kelab yang dinyatakan di atas telah membuat aduan berkait hal tersebut dan Southampton dilaporkan bakal turut melakukan hal yang sama andai Everton terselamat dari zon penyingkiran.
Everton sendiri sementara itu sedang menunggu tindakan lanjut dari Premier League dengan kes tersebut tidak akan diputuskan sebelum musim panas ini.
Dan walaupun Burnley sudah berjaya untuk kembali ke saingan Premier League, mereka sepertinya masih tidak berpuas hati dengan Everton dan terkesan dengan penyingkiran mereka pada musim lalu.
⚽️ Remaining Premier League fixtures:
🌳 Nottingham Forest: Arsenal (H), Crystal Palace (A)
🔵 Everton: Wolves (A), Bournemouth (H)
⚪️ Leeds: West Ham (A), Tottenham (H)
🦊 Leicester: Newcastle (A), West Ham (H)The relegation battle is entering crunch time 🍿👀 pic.twitter.com/695DBteO65
— SPORTbible (@sportbible) May 16, 2023
Everton walau bagaimanapun menegaskan yang mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia untuk melawan sebarang tuntutan yang diberikan kepada mereka.