Richarlison Dilabel Sebagai Pemain Paling Gagal Dalam Saingan EPL Musim Ini

Nama penggempur Tottenham Hotspur iaitu Richarlison telah dianggap sebagai pemain paling gagal musim ini dalam saingan English Premier League (EPL), selepas prestasi ditampilkan beliau sangat teruk.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh bekas penyerang profilik Aston Villa iaitu Gabriel Agbonlahor selepas menilai prestasi semasa Richarlison serta sumbangan beliau buat Hotspur musim ini.

Richarlison yang mula menyertai Hotspur pada musim ini selepas mengharungi musim cukup baik secara individu bersama Everton dianggap sebagai salah satu pembelian paling mencuri tumpuan dalam saingan EPL.

Menerusi tanda harga sebanyak £60 juta, ianya dianggap tidak berbaloi buat pasukan tersebut setelah sumbangan yang diberikan oleh Richarlison sangat teruk selepas mengharungi banyak perlawanan.

Daripada 25 penampilan bersama Hotspur, penyerang berusia 26 tahun ini hanya menyumbang satu gol sahaja bersama tiga bantuan jaringan, selain tidak memberi impak seperti diharapkan oleh para penyokong.

Ianya berbeza dengan apa ditampilkan oleh Richarlison ketika saingan Piala Dunia lalu bersama Brazil, selepas pemain tersebut menjadi salah seorang yang sangat mencuri tumpuan ramai pemerhati bola sepak seluruh dunia.

Malah, Richarlison juga tajam di hadapan gol untuk menyumbang tiga jaringan sepanjang saingan Piala Dunia bersama Brazil.

Selain itu, salah satu jaringan Richarlison ketika menentang Serbia juga diangkat sebagai gol terbaik buat kejohanan tersebut dan nama pemain ini sentiasa menjadi sebutan ramai hasil impak positif yang diberikan.

Apapun kini segalanya gagal dipertahankan oleh Richarlison menerusi prestasi beliau yang naik turun, termasuk ketika Hotspur mencatat kekalahan baru-baru ini di tangan Aston Villa.

Pada aksi tersebut, Richarlison gagal membantu serangan Hotspur dengan lebih baik selain ditukarkan pada pertengahan perlawanan bagi memberi kesegaran baharu di posisi tersebut.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Sportbible, Agbonlahor tampil dengan memberi kritikan pedas kepada pemain kebangsaan Brazil itu sepanjang musim ini.

”Awak lihat Richarlison? Berapa banyak peluang yang dia miliki, untuk saya dia pemain paling gagal musim ini bersama Hotspur.

”Beliau bernilai £60 juta dan cuma meledak tiga gol daripada seluruh 33 perlawanan yang disertai oleh Hotspur ketika ini dalam semua kejohanan. Satu gol untuk setiap 10 perlawanan, satu gol dalam saingan EPL, dan kali terakhir meledak pada September lalu!

”Beliau sekali lagi diletakkan di bangku simpanan semalam selepas mengharungi 59 minit yang sia-sia bersama Hotspur dan pasukan tersebut lebih baik tanpa beliau,” kritik Agbonlahor dengan sangat lantang.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN