Mampukah Liverpool Potong ‘Tang Konar’ Untuk Ke UCL & Ranapkan Impian Man United?

liverpool

Melihat carta terkini Premier League (EPL), Liverpool dilihat mampu menjadi pasukan yang memotong di perlawanan terakhir untuk menempatkan diri ke UEFA Champions League (UCL) sekali gus meranapkan impian salah satu pasukan sama ada Manchester United atau Newcastle United.

Prestasi cemerlang beberapa pemain terutama penyerang mereka, Mohamed Salah yang kembali menyinar telah membantu pasukan beliau berada di landasan tepat untuk menamatkan saingan di kedudukan terbaik di EPL musim ini.

Malah dari lima perlawanan terakhir, mereka berjaya meledak 11 jaringan dan cuma bolos enam gol sahaja.

Berbaki tiga lagi perlawanan, dengan prestasi yang agak baik ketika ini mereka dilihat tiada masalah untuk mengutip sembilan mata maksimum.

Baki tiga perlawanan:

  • Leicester City vs Liverpol (16 Mei)
  • Liverpool vs Aston Villa (20 Mei)
  • Southamptom vs Liverpool (28 Mei)

Dari tiga perlawanan ini, mungkin halangan terbesar hanya Leicester yang bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran.

Aston Villa sekadar ingin mencari kedudukan terbaik sementara Southamptom pula dalam misi mustahil untuk kekal di EPL.

Namun begitu, jika melihat situasi sebelum ini, The Reds tetap harus waspada kerana pasukan di kelompok bawahan ini biasanya suka melakukan kejutan kepada pasukan yang memerlukan mata.

Oleh yang demikian, mereka tidak boleh seri apatah lagi kalah jika berhasrat ingin ke UCL musim hadapan.

Jika skuad kendalian Jurgen Klopp berjaya menang kesemua perlawanan, mereka belum boleh gembira kerana harus mengharapkan United dan Newcastle tercicir mata dalam baki perlawanan yang akan dihadapi.

Namun jika pasukan di atas berjaya mencatat kemenangan dan tidak tewas, harapan Liverpool mungkin sudah tiada.

Sebelum bermula musim 2022/2023, pasukan ini dikatakan antara pencabar utama EPL namun disebabkan masalah kecederaan pemain utama selain pemain baharu yang lambat panas telah menyebabkan mereka menjadi pasukan yang mudah untuk ditewaskan.

Harapan seperti sudah tertutup selepas agak jauh ketinggalan dengan pasukan empat teratas namun apabila kembalinya pemain utama dan kemenangan demi kemenangan berjaya diperoleh, cahaya kembali menyinar buat penyokong pasukan tersebut.

Mampukah Klopp mencipta magik untuk membawa pasukannya terus bermain di UCL musim hadapan atau mereka akan turun pangkat bermain di  Europa League (UEL)?

Saingan EPL kali ini nampak lebih menarik dengan beberapa berebutan kedudukan seperti kejuaraan liga, tempat ke UCL dan pasukan yang terus bersaing untuk kekal di EPL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN