Man United Masukkan Anthony Martial Dalam Bidaan Untuk Dapatkan Lautaro Martinez

Pasukan gergasi England iaitu Manchester United dilaporkan mahu mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan Argentina iaitu Lautaro Martinez untuk saingan musim hadapan.

United pada musim ini tampil dengan sedikit kurang memuaskan di posisi hadapan dengan penyerang mereka seperti Wout Weghorst antara dipertikaikan dalam kalangan para penyokong.

Tambahan pula, pasukan tersebut sehingga kini masih lagi belum menemui pengganti kepada bekas penyerang legenda mereka iaitu Cristiano Ronaldo yang kini menyertai Al-Nassr.

Setakat ini, nama Harry Kane antara yang disebut-sebut bakal menyertai United pada musim hadapan dan sudah pun mendapat reaksi positif dalam kalangan penyokong di media sosial.

Apa tidaknya, kualiti Kane di posisi penyerang utama tidak boleh disangkal lagi selepas dibuktikan bersama Tottenham Hotspur serta England di pentas antarabangsa.

Musim ini juga menyaksikan Kane telah pun melakar beberapa rekod baharu termasuk meminta bekas penyerang legenda United iaitu Wayne Rooney selaku penjaring gol kedua terbanyak sepanjang zaman di England.

Namun, ianya mungkin dilihat sedikit sukar selepas pemilik Hotspurs iaitu Daniel Levy telah meletakkan tanda harga sekurang-kurangnya £100 juta jika ada kelab lain berminat mendapatkan Kane.

Selain Kane, seorang lagi penyerang sasaran United iaitu Victor Osimhen juga tampil dengan tanda harga sangat mahal dan menyaksikan pasukan tersebut mungkin tidak jadi mendapatkan beliau musim hadapan.

Tampil Martinez kini sebagai alternatif terbaharu United dalam usaha untuk memperkasakan lagi jentera serangan mereka pada musim hadapan.

Dilaporkan kini United telah cuba membuat bidaan dengan meletakkan harga sasaran sebanyak £44 juta termasuk memberi penyerang berpengalaman mereka kepada Inter Milan iaitu Anthony Martial.

Sebelum itu, Inter Milan menjadi antara kelab yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan kental United iaitu Harry Maguire.

Namun ianya ditolak, selepas Erik Ten Hag jelas mempunyai perancangan tersendiri untuk menggunakan khidmat Maguire pada musim seterusnya bersama United.

Sebaliknya United menawarkan Martial kepada Inter Milan kerana ingin memberi ruang buat Martinez jika segalanya berlaku membabitkan kedua pasukan tersebut menerusi laporan dikeluarkan oleh Sportbible.

Menerusi 19 gol musim ini bersama Inter Milan dalam saingan Serie A, serta menjadi pemain kunci buat pasukan tersebut di posisi serangan yang pastinya menjadi dambaan United.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN