Sehingga kini, Arsenal muncul sebagai antara pasukan yang sibuk membuat persiapan awal menerusi beberapa nama pemain bintang dikaitkan bersama kelab ini untuk saingan musim hadapan.
Dengan mengesahkan salah satu tiket untuk ke saingan UEFA Champions League (UCL) pada musim hadapan, Arsenal dianggap tidak bermasalah untuk mendapatkan nama-nama besar menyertai mereka.
Terbaharu, Arsenal dilaporkan tengah mengintai peluang terbaik dalam usaha untuk cuba menandatangani khidmat pemain serangan lincah dari Brazil iaitu Raphinha pada musim hadapan.
🚨 Chelsea, Arsenal and Newcastle have sent official offers to Raphinha's agent Deco.
Barcelona are willing to sell him if a bid of €70M-80M is made.
(Source: @joaquimpiera) pic.twitter.com/LYKNOKtzdx
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 6, 2023
Raphinha yang menyertai Barcelona pada musim ini selepas cemerlang bersama Leeds United dianggap sebagai pemain yang mampu untuk memperkukuhkan lagi jentera hadapan The Gunners.
Ketika ini, pengarah teknikal pasukan tersebut iaitu Edu dilaporkan telah pun menghubungi wakil pemain tersebut secara berterusan dalam usaha untuk cuba mendapatkan khidmat beliau bersama Arsenal.
Sebenarnya, Arsenal sudah pun menyimpan minat untuk mendapatkan Raphinha sejak musim lalu lagi ketika pemain tersebut mencuri tumpuan bersama Leeds dalam saingan English Premier League (EPL).
Namun bidaan yang diletakkan oleh Arsenal ketika itu dianggap terlalu rendah dan membuatkan peluang untuk pasukan tersebut menandatangani Raphinha tidak dapat diteruskan.
Selain Arsenal, salah satu lagi kelab gergasi iaitu Chelsea juga ketika itu turut memantau pemain tersebut sebelum Raphinha mengesahkan tempat beliau bersama Barcelona di Sepanyol pada musim ini.
Menurut Edu, pemain tersebut ketika itu menyatakan sendiri ingin bermain bersama Barcelona daripada menyertai skuad projek pembentukan yang dibuat oleh Mikel Arteta.
Apapun kini Sportbible menyatakan Arsenal sudah pun bersedia untuk sekali lagi cuba mendapatkan khidmat Raphinha dan berharap segalanya tampil lebih menyakinkan.
Namun cabaran baharu mungkin terpaksa diharungi oleh Arsenal, selepas Chelsea dan Newcastle United juga menunjukkan rasa minat untuk membida pemain tersebut pada musim hadapan.
Newcastle ketika ini dilaporkan telah pun meletakkan bidaan sebanyak €80 juta dan ianya merupakan jumlah lebih besar daripada tanda harga dibeli oleh Barcelona pada musim lalu.
Menerusi tawaran harga yang tinggi itu, pastinya sukar untuk ditolak oleh Barcelona bagi melepaskan Raphinha selepas pasukan itu juga mengalami masalah kewangan yang belum lagi selesai.
🚨 EXCLUSIVA 🚨
El Arsenal está interesado en el fichaje de Raphinha de cara a la próxima temporada.
El club inglés estaría dispuesto a ofrecer, al FC Barcelona, a Ben White + 10 M£ por el jugador brasileño. pic.twitter.com/62FW7ontBQ
— Fútbol Total (@FutbolTotalCF) May 7, 2023
Apapun, Arsenal yang diwakili oleh Edu ketika ini masih lagi berusaha keras untuk cuba mencari peluang mendapatkan Raphinha dengan bidaan baru mungkin akan dibuat.
Arsenal ketika ini rata-ratanya dibarisi oleh pemain bintang Brazil yang sangat menyerlah seperti Gabriel Jesus serta Gabriel Martinelli di posisi serangan serta tampil menyakinkan bawah kendalian Arteta.