Arsenal Ada Sebab Kukuh Untuk Tandatangani Khidmat Kaoru Mitoma

Arsenal dilaporkan kini sedang menyasarkan salah seorang pemain serangan paling mencuri tumpuan musim ini dalam saingan English Premier League (EPL) untuk memperkukuhkan posisi tersebut musim hadapan.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah bintang dari Jepun iaitu Kaoru Mitoma, selepas melihat prestasi menyakinkan daripada pemain tersebut bersama Brighton And Hove Albion musim ini dalam persaingan liga menerusi laporan daripada Sportbible.

Memandangkan Arsenal bakal mengharungi saingan UEFA Champions League (UCL) musim hadapan, maka persiapan lebih serius perlu dibuat oleh Mikel Arteta supaya segalanya dapat berjalan lancar.

Kelibat Mitoma ketika ini mencuri tumpuan pasukan tersebut selain beberapa lagi kelab turut menyasarkan penyerang itu menerusi kualiti dimiliki ditampilkannya di bahagian hadapan walaupun bertubuh kecil.

Setakat ini, Mitoma sudah pun meledak 10 gol secara keseluruhan buat Brighton termasuk tujuh bantuan jaringan daripada semua perlawanan diharungi beliau buat pasukan itu.

Sebelum itu, pengurusan Brighton ada menyatakan mereka tidak akan melepaskan Mitoma pada jendela perpindahan musim panas ini kepada mana-mana pasukan.

Namun segalanya mungkin boleh berubah setelah melihat kepada beberapa situasi yang berlaku membabitkan Brighton serta Arsenal untuk menjadikan impian pasukan itu menandatangani Mitoma.

Terbaharu, Brighton secara rasminya telah pun mengumumkan pemain baharu mereka pada musim hadapan iaitu Joao Pedro untuk memperkukuhkan jentera serangan kelab tersebut.

Sepanjang bersama Watford sebelum ini, Pedro boleh dianggap sebagai antara pemain muda yang sangat menyakinkan di bahagian hadapan untuk menghasilkan gol serta memberi sokongan kepada pemain serangan lain.

Daripada 109 penampilan, pemain kelahiran Brazil itu sudah pun meledak 24 gol secara keseluruhan dan menjadi antara kunci kekuatan Watford di posisi serangan dalam mana-mana perlawanan dihadapi.

Bermain di bahagian sayap, Pedro dijangka bakal memberi persaingan sengit buat Mitoma untuk mengekalkan konsistensi beliau dalam kesebelasan utama bersama kelab.

Selain Pedro, Brighton turut menandatangani pemain baharu yang sebelum ini beraksi bersama Liverpool iaitu James Milner untuk memperkuatkan lagi posisi tengah mereka.

Selain faktor Pedro, Arsenal juga mungkin akan menggunakan kaedah pemain mereka iaitu Takehiro Tomiyasu untuk menarik minat Mitoma menyertai The Gunners.

Seperti diketahui ramai, Tomiyasu merupakan sahabat karib kepada Mitoma dan kedua pemain tersebut mungkin mempunyai persefahaman sangat tinggi untuk beraksi bersama dalam satu pasukan.

Apapun, sehingga kini Arsenal masih belum membuat tindakan apa-apa untuk cuba mendapatkan khidmat Mitoma yang turut diintai beberapa lagi kelab lain.

 

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN