Jack Wilshere Dedah Arsenal Kini Sudah Temui ‘The Next’ Bukayo Saka

Pengendali akademi Arsenal Bawah 18 (B-18) iaitu Jack Wilshere mendedahkan Arsenal kini sudah pun memiliki pemain yang mempunyai ciri-ciri seakan Bukayo Saka untuk diperkenalkan masa hadapan.

Seperti diketahui, akademi pasukan tersebut telah melahirkan ramai bakat-bakat muda yang telah pun mendapat tempat bersama skuad utama seperti Saka sendiri serta Emile Smith Rowe.

Malah, Saka sendiri ketika ini menjadi tunjang utama kekuatan Arsenal menerusi statistik sangat hebat dalam saingan English Premier League (EPL) yang diakui oleh ramai peminat bola sepak seluruh dunia.

Menerusi catatan semasa, Saka telah meledak 13 gol serta mencipta 10 bantuan jaringan dalam semua perlawanan yang disertai beliau bersama Arsenal pada musim ini.

Hasil bantuan Saka, The Gunners ketika ini cemerlang berada di puncak liga bawah kendalian Mikel Arteta untuk menjadikan Arsenal berkelebihan lapan mata berbanding pencabar terdekat iaitu Manchester City.

Sesuatu yang menarik mengenai Arsenal musim ini ialah pasukan tersebut menggunakan ramai bakat-bakat muda untuk memenuhi filosofi yang diterapkan oleh Arteta di segenap posisi.

https://twitter.com/brfootball/status/1641742164953649154?s=46&t=UnW0NzLSAAq7i6qu7IHTOg

Malah, Arsenal menjadi pasukan paling banyak menggunakan pemain-pemain muda dalam pasukan utama jika hendak dibandingkan bersama kelab lain dalam saingan EPL musim ini.

Selain menyerlah bersama Arsenal, Saka membuktikan beliau merupakan salah satu produk terbaik England setelah pemain tersebut cemerlang dalam aksi kelayakan EURO 2024 untuk menewaskan Ukraine menerusi keputusan 2-0.

Ketika ini, Wilshere menyatakan skuad utama Arsenal bakal mendapat manfaat pada masa hadapan menerusi ‘The Next’ Saka dalam akademi kendaliannya iaitu Amario Cozier-Duberry.

Menurut Wilshere, pemain muda tersebut memainkan peranan penting dalam akademi kendaliannya ketika ini selepas Cozier-Duberry telah pun meledak 10 gol serta mencipta enam bantuan jaringan secara keseluruhan.

Malah, Wilshere juga tidak putus-putus memberi pujian penuh kepada pemain muda tersebut yang disamakan seperti Saka menerusi gaya permainan ditampilkan beliau.

“Amario merupakan seseorang yang sangat hebat dan Mikel menyukai kualiti dimiliki beliau menerusi corak permainannya di atas padang,” jelas Wilshere menerusi Sportbible.

“Aksi ditampilkan beliau mengingatkan saya kepada Bukayo Saka, dengan Amario turut beraksi di posisi yang sama seperti bintang England berkenaan. Cuma dia perlu perbaiki isu keputusan akhir sebelum hantaran atau percubaan dibuat.

“Berikan sahaja bola kepadanya, dan Amario tahu untuk membuatnya lebih menarik. Awak boleh mengendalikan permainan dan mempunyai perancangan di atas padang, tetapi lebih menarik jika mempunyai pemain berkualiti tinggi seperti beliau,” tambah Wilshere.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN