Pacu Kebangkitan Sementara Penang, Adakah Adib Raop Layak Ada Dalam Skuad Utama? Ini Penjelasan Yee Fatt

Adib Raop Penang first eleven

Adib Raop adalah pemain yang memberi perbezaan kepada aksi Penang di babak kedua dan adakah beliau layak menjadi pilihan utama pasukan?

Beliau dimasukkan pada minit ke-56 menggantikan Azmeer Aris di posisi bek kiri dan membantu Penang untuk memberi tekanan demi tekanan buat Selangor. Malah mereka telah berhasil mengikat kedudukan selepas itu.

Minit ke-87, hasil sepakan percuma yang diambil Faris Shah Rosli, Rafael Vitor menanduk deras menewaskan Khairulazhan Khalid di gawang. Ia meledak gempita Stadium Bandaraya yang ternantikan jaringan pasukan.

Kemasukkan Adib dan Asnan Ahmad menjana permainan serangan yang menarik buat Harimau Kumbang, tetapi dikecewakan penyudah tumpul.

Malah, kemasukkan pemain tengah, Nik Akif Syahiran selepas itu telah menambah kreativiti dalam menjana serangan ke kubu The Red Giants.

Rahmat Makasuf antara yang menjadi tumpuan apabila tiga peluangnya di depan gawang dilepaskan begitu sahaja dengan percubaan yang sia-sia.

Jika ia dimanfaatkan dengan ledakan gol, sudah tentu skrip yang berbeza akan terjadi dan Penang yang akan membawa pulang tiga mata penuh.

Penang akhirnya tunduk 1-2 kepada Selangor apabila pemain tengah, Noor Al-Rawabdeh meledak jaringan kemenangan pelawat di minit ke-89.

Permainan menarik tuan rumah itu juga meraih sorakan penyokong yang sudah lama ternanti-nanti corak permainan sebegitu yang ‘menghilang’.

Adakah Adib layak untuk diberikan lesen besar untuk berada dalam kesebelasan utama selepas ini? Semuanya BOLA cuba mendapatkan jawapan daripada pengendali, Chong Yee Fatt mengenai perkara itu.

Kita akan lihat bagaimana perlawanan selepas ini. Pemain yang kita akan turunkan, berbeza [ikut perlawanan]. Setiap pemain membawa corak permainan yang berbeza,” jelas Yee Fatt tentang kemungkinan tersebut.

Ia bergantung kepada taktikal kita melihat kepada keputusan, pada setiap babak,” jelasnya lagi yang masih memburu kemenangan pertama.

Adib menyertai Penang pada musim lalu dan tampil positif sepanjang musim selepas diubah posisinya daripada pemain sayap kepada bek sayap.

Pengendali itu pernah menjelaskan sebelum ini yang pertukaran pemain dilakukan pada saat barisan kejurulatihan merasakan pemain itu mampu memberikan sesuatu apabila dimasukkan. Ia gagal dijelmakan berdepan Negeri Sembilan tetapi untuk aksi ini, ia hampir ‘membunuh’ lawan.

Mengulas tentang kegagalan Rahmat Makasuf menyudahkan peluang dimilikinya, ini komen Yee Fatt, “Jika kita lihat perlawanan sebelum ini, kita ada peluang macam ini. Cuma kita hanya tidak menyudahkannya. Saya harap kita akan jadi lebih tajam dalam perlawanan-perlawanan selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN