Pep Guardiola Namakan 8 Kelab EPL Yang Terdesak Mahu Man City Disingkirkan Dari UCL

Pep Guardiola mengejutkan peminat bola sepak selepas beliau manamakan lapan kelab dari saingan Premier League yang sangat terdesak mahu melihat Manchester City disingkirkan dari saingan Champions League.

Ketika sesi sidang media baru-baru ini, Pep Guardiola tampil memberi semangat kepada para penyokong Manchester City yang ketika ini sedang sangat berduka.

Selain cuba memberi semangat kepada para penyokong Man City, Pep juga turut menamakan sembilan kelab yang mempunyai agenda mahu melihat Man City tersingkir dari saingan Champions League.

Sembilan kelab yang Pep sebutkan itu merupakan kelab-kelab dari England dengan lapan darinya merupakan kelab yang sedang beraksi dalam saingan Premier League dan satu lagi kelab dari saingan Championship.

Pengurus Manchester City itu masih tidak mahu memberi sebarang pandangan berkait keputusan Premier League yang mahu menyiasat kelabnya atas 100 pertuduhan melibatkan peraturan Financial Fair Play.

Namun begitu, pengurus dari Sepanyol itu tetap mengeluarkan kenyataan yang agak panas ketika sesi sidang media beliau menjelang aksi bertemu Aston Villa.

Pep mempertahankan kelabnya dan menganggap Manchester City sebenarnya sedang dijatuhkan oleh kelab-kelab seteru.

Komen Pep itu juga turut mengaitkan dengan peristiwa Man City dihukum oleh UEFA pada tahun 2020 yang lalu dengan The Citizens terselamat dari hukuman penggantungan dua tahun dari menyertai saingan Champions League.

Pengurus berusia 52 tahun itu turut menamakan kesemua sembilan kelab dari England yang ada agenda mahu melihat Man City disingkirkan dari saingan Champions League ketika mereka sedang disiasat oleh UEFA pada tahun 2020 yang lalu itu.

“Ketika kami menunggu UEFA menjatuhkan hukuman terhadap kami, ada sembilan kelab, Burnley, Wolves, Leicester, Newcastle, Spurs, Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Chelsea mahukan City untuk disingkirkan dari saingan Champions League. Mereka mahukan tempat itu, tempat yang mana kami menang di padang untuk mendapatkannya.”

Manchester City walau bagaimanapun tidak dihukum pada ketika itu selepas rayuan mereka diterima dan mereka dibenarkan untuk terus beraksi dalam saingan Champions League.

https://twitter.com/cityreport_/status/1624063146204733443?s=20&t=mHWXNXTusgmwjnbamOvSkw

Pep walau bagaimanapun, sepertinya tidak mampu melupakan kelab-kelab yang ada agenda jahat terhadap skuadnya pada ketika itu.

Selepas tularnya berita yang Man City sedang disiasat oleh Premier League, timbul spekulasi yang mengaitkan dengan Pep Guardiola bakal meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini.

Hal itu kerana beliau sebelum ini pernah mengeluarkan satu kenyataan yang menyebabkan timbulnya spekulasi itu.

Walau bagaimanapun, Pep Guardiola kini tampil menegaskan yang beliau tidak akan pernah meninggalkan City dan mahu terus berkhidmat untuk kelab.

“Saya tak akan pergi ke mana-mana. Saya boleh beri jaminan 100 peratus yang saya mahu kekal. Saya sangat pasti.”

Pep Guardiola menyertai Manchester City pada permulaan musim 2016/17 dan beliau baru-baru ini sudah menandatangani kontrak baru selama dua tahun di Etihad dengan beliau akan kekal bersama kelab sehingga 2025.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN