Adakah Status Penjaring Terbanyak Milik Bergson Bakal Dicabar Musim Ini?

Saingan Liga Malaysia (Liga M) bakal membuka tirai tidak lama lagi dengan setiap pasukan masing-masing sibuk mempersiapkan diri untuk mencabar kejuaraan tersebut ketika ini.

Salah satu perkara menarik ingin diperkatakan ialah mengenai perebutan takhta penjaring terbanyak Liga Super, selepas musim lalu Bergson da Silva tampil dengan ketajaman tidak boleh disangkal lagi.

Musim lalu, Bergson telah pun meledak 29 gol secara keseluruhan untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super sehingga pemain itu dinobatkan sebagai penjaring terbanyak musim 2022.

Malah, ketajaman beliau terus terbukti dengan turut merangkul gelaran penjaring terbanyak Piala Malaysia bersama Kpah Sherman dengsn mencatat tujuh jaringan keseluruhan.

Aksi dipamerkan penyerang Brazil itu jelas tidak boleh disangkal lagi sehingga turut mendapat perhatian media-media luar negara untuk mengetahui tentang Bergson.

Menyedari ancaman tinggi daripada Bergson, pastinya setiap pasukan lain musim ini turut membuat persiapan rapi dengan menandatangani penyerang-penyerang import baharu untuk cuba menyaingi rekod beliau.

Kedah Darul Aman (Kedah) misalnya, telah pun menandatangani khidmat penyerang Brazil yang beraksi di Jepun tahun lalu iaitu Willian Lira.

Lira dilihat berjaya mempamerkan aksi positif pada aksi pramusim ini untuk meledak beberapa gol buat Kedah. Malah, kualitinya juga ketika ini mendapat pujian ramai para penyokong.

Selain itu, Selangor juga dilihat berjaya mendapatkan pengganti kepada Herlison Caion menerusi khidmat penyerang baharu dari Columbia iaitu Ayron del Valle yang mempunyai reputasi besar di negaranya.

Sri Pahang juga tampil dengan dua penyerang baharu yang mempunyai reputasi baik di Malaysia musim lalu iaitu Kpah Sherman serta bekas pemain Penang, Lucas Espindola.

Terengganu turut tidak ketinggalan, selepas pasukan tersebut berjaya menandatangani kontrak penyerang kebangsaan Thailand iaitu Adisak Kraisorn bersama pemain Croatia tinggi lampai, Ivan Mamut.

Kelibat Kuala Lumpur City (KL City) juga perlu diberi perhatian menerusi khidmat Paulo Josue bersama penyerang veteran, Tchetche Kipre yang dilihat ampuh serta berpengalaman.

Kedudukan Bergson pada musim ini dilihat mungkin bakal tergugat menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim selepas melihat situasi terkini.

“Bergson pemain JDT (Johor Darul Ta’zim) yang kita semua sudah kenal dan tahu tahap permainannya. Dia memang bagus dan begitu tajam di depan gol.

“Saya fikir, pasukan lain semestinya sudah masak dengan permainan Bergson dan tahu bagaimana cara untuk mengawalnya. Tetapi dengan pengalaman yang ada dan kerja keras Bergson, saya rasa dia boleh mencabar pesaing lain.

“Kehadiran penyerang import yang bagus sebenarnya baik untuk liga kita dan penyokong pastinya mahu melihat penyerang terbaik yang mampu menjadi ‘pembunuh’ dalam perlawanan nanti,” katanya menerusi Harian Metro.

Namun, untuk menghentikan Bergson bukan suatu perkara mudah jika difikirkan semula, setelah melihat kualiti yang ada pada JDT.

Walaubagaimana pun, semua itu bukannya mustahil untuk diatasi penyerang import pasukan lain jika mereka mampu konsisten untuk terus meledak gol dalam setiap perlawanan dihadapi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN