Undian Piala FA 2023 sudah pun dikeluarkan sebentar tadi dengan beberapa pertemuan menarik bakal menghiasi saingan tersebut serta menjanjikan suatu aksi yang hebat walaupun di pusingan awal.
Undian yang berlangsung sebentar tadi telah pun dibuat oleh bekas pemain legenda Malaysia, Azman Adnan bersama Stuart Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
🗳 Keputusan undian Piala FA 2023!
Pasukan manakah yang akan menjulang trofi Piala FA musim ini? 🏆#PialaFA2023 pic.twitter.com/QAAfrYOPVn
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 10, 2023
Salah satu aksi pusingan awal yang dijangka bakal menjadi tarikan ialah membabitkan pertemuan dua kuasa besar di utara tanah air iaitu Kedah Darul Aman (Kedah) menentang Penang.
Menerusi rombakan yang dibuat oleh kedua pasukan itu, masing-masing mencatat keputusan yang sangat positif sepanjang aksi pramusim ini.
Kedah yang kini berada bawah kendalian Nafuzi Zain dilihat tampil dengan imej serba baharu dalam kalangan para pemain tempayan dan import setelah beberapa perubahan baharu dibuat.
Antara yang menjadi tumpuan para penyokong Sang Kenari ketika ini terarah kepada tonggak naturalisasi kebangsaan iaitu Lee Tuck serta penyerang import baharu mereka, Willian Lira.
KDA FC BERTEMU PENANG FC DI PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2023
Bring it on, Sang Kenari menanti Harimau Kumbang di Stadium Darul Aman!#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #membinaimpianmengupayalegasi #pialafa pic.twitter.com/LIb4gF9POH
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 10, 2023
Penang pula tampil dengan serba menyakinkan pada pramusim ini bawah kendalian Chong Yee Fatt serta Manzoor Azweera, selepas melalui beberapa aksi pramusim.
Lebih menyakinkan, Penang juga sudah pun merangkul kejuaraan pertama mereka musim ini pada saingan pramusim yang digelar sebagai Piala Harapan minggu lalu.
Beberapa pemain berkualiti seperti Adriano Narcizo, Soony Saad, dan Rahmat Makasuf antara sangat menyerlah ketika ini bersama Penang dalam memberi kesegaran di posisi serangan.
Selain Kedah dan Penang, dua lagi pasukan juga menjadi tumpuan utama pada perlawanan awal ini dengan menyaksikan Sri Pahang serta Perak akan berhadapan antara satu sama lain.
Uniknya, empat pasukan ini bukan lagi nama asing dalam saingan Piala FA, setelah masing-masing pernah merangkul kejuaraan tersebut pada suatu ketika dan menjadi antara pilihan utama para penyokong.
Empat lagi pasukan yang akan membuat perhitungan antara satu sama lain membabitkan wakil daripada saingan Liga M3 iaitu Manjung City, SAINS FC, Kuala Kangsar BRM FC, serta Imigresen FC.
🗳️ UNDIAN PIALA FA 2023
Perak FC lwn Sri Pahang FC#PialaFA2023
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 10, 2023
Selebihnya, 10 lagi pasukan yang bertanding sah akan membuat perhitungan bersama lawan masing-masing di pusingan kedua dan ada kelab perlu menunggu pemenang daripada perlawanan pertama.