Pengendali Indonesia Beri Sebab Kenapa Beliau Perlukan Ronaldo & Ferdinan

Menjelang saingan Piala Asia bawah 20 tahun (B-20) yang akan berlangsung tidak lama lagi, setiap negara yang terlibat mula mempersiapkan diri menerusi siri-siri latihan awal dibuat.

Indonesia antara negara yang giat membuat persiapan awal setelah pengendali mereka iaitu Shin Tae-yong sudah pun mengumpulkan para pemain untuk persediaan awal dalam kem latihan pusat.

Walaupun begitu, beberapa masalah awal telah pun dihadapi beliau dengan situasi semasa mengenai persiapan para pemain dilihat tidak begitu berjalan lancar.

Menurut laporan daripada Bola.com, hampir sembilan pemain dipanggil masih lagi belum melaporkan diri mereka ke kem latihan pusat, setelah tidak mendapat pelepasan rasmi daripada kelab masing-masing.

Ianya menyebabkan Shin kini sedikit berang dengan pasukan-pasukan terlibat kerana menganggu rencana untuk persiapan awalnya buat skuad kebangsaan.

Untuk rekod, 30 pemain telah pun disenaraikan oleh Shin bagi menyertai kem latihan pusat ini, namun ianya masih lagi belum lengkap sepenuhnya termasuk beberapa bintang utama.

Dua daripada sembilan pemain tersebut kini masing-masing bersama kelab terbaharu mereka di Eropah dan masih belum memberi reaksi untuk pulang mewakili skuad kebangsaan.

Marselino Ferdinan dan Ronaldo Kwateh antara dua tonggak utama buat Shin dalam skuad kebangsaan B-20 Indonesia yang menyebabkan beliau sedikit kecewa kerana tiada laporan lengkap mengenai mereka.

Baki tujuh lagi pemain daripada Persija Jakarta juga masih belum mendapat pelepasan dan ada sedikit rasa tidak puas hati Shin kepada kelab tersebut kerana enggan memberi kerjasama.

Menurut penjelasan daripada Shin, beliau mahu semua pemain yang disenaraikan termasuk Ronaldo dan Marselino kerana ia juga merupakan sebahagian daripada persiapan mereka untuk saingan Piala Dunia B-20 selain kejuaraan Asia.

“Kami gembira kerana Indonesia mempunyai dua pemain muda yang kini beraksi di luar negara, tetapi mereka juga perlu tahun Indonesia kini sibuk dalam persiapan untuk dua kejuaraan bertaraf tinggi.

“Shin juga menginginkan kedua pemain tersebut yang berada di luar negara kerana ingin membentuk persefahaman lebih awal serta mengetahui bentuk permainan ingin digunakan beliau untuk pasukan.

“Macam mana Shin nak terapkan taktikal dalam permainan jika para pemain yang dikehendaki beliau masih lagi belum lengkap ketika ini,” jelas pembantu jurulatih, Nova Arianto.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN