Negeri Sembilan Perlukan 3 Pemain Import Sahaja Untuk Saingan Musim 2023

Sehingga kini, setiap pasukan masing-masing sibuk mempersiapkan diri untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) yang bakal membuka tirai tidak lama lagi dengan cara tersendiri.

Menerusi pendaftaran tonggak import baharu, setiap pasukan dilihat mula melengkapkan barisan pemain baharu mereka dan mula diperkenalkan secara umum menerusi sesi latihan atau aksi pramusim.

Walaupun begitu, salah satu pasukan pilihan musim ini iaitu Negeri Sembilan dilihat agak sepi menerusi persiapan mereka dalam menandatangani khidmat pemain import baharu.

Walaupun Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah membenarkan sembilan kuota pendaftaran pemain import musim ini, Negeri Sembilan dikhabarkan hanya akan menandatangani tiga orang sahaja untuk slot tersebut.

Ini kerana, pasukan tersebut dinyatakan bakal mengambil pendekatan untuk memberi lebih ruang buat pemain tempatan menonjolkan diri pada saingan domestik musim 2023.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan iaitu Satwant Singh, salah seorang pemain import yang dipastikan musim hadapan ialah pertahanan kental mereka, Herold Goulon yang berasal dari Perancis.

Musim lalu menyaksikan Herold Goulon memainkan peranan sangat penting dalam mengukuhkan jentera pertahanan Negeri Sembilan, selain cemerlang dalam penghasilan gol.

Selain itu, pasukan tersebut juga bakal menandatangani khidmat penyerang kebangsaan Rebulik Chad iaitu Ezechiel Ndouasel bagi menguatkan lagi posisi serangan mereka musim ini.

“Pihak kelab sedar akan pentingnya pemain import dalam sesebuah pasukan. Justeru itu, satu keputusan dibuat dan pihak kelab bersetuju untuk mengambil tiga pemain import dalam menghadapi saingan liga yang akan berlangsung Februari ini.

“Selain Goulon, pemain kebangsaan Republik Chad iaitu Ezechiel Ndouasel juga akan menyertai pasukan dan beraksi di posisi penyerang.

“Pemain import terakhir akan mengisi di bahagian tengah, namun pemain ini masih dalam perbincangan,” jelas beliau menerusi aplikasi Shootz.

Pada masa sama, Satwant mengakui keputusan ini dibuat demi memenuhi permintaan daripada pengendali Negeri Sembilan iaitu K. Devan bagi memantapkan lagi kelab supaya terus memberi daya saing untuk pasukan lain.

Musim lalu menyaksikan mereka berjaya menamatkan cabaran Liga Super di kedudukan keempat Liga Super serta berjaya mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia.

Namun, segalanya dilihat bakal berubah selepas dua tonggak utama Negeri Sembilan iaitu Khuzaimi Piee dan Ahmad Syihan Hazmi tidak bersama mereka lagi kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN