“Skuad Negara Tidak Tempang”- Sharul Nazeem Optimis Untuk Aksi Bertemu Singapura

Menjelang aksi seterusnya dalam saingan Piala AFF 2022, debaran pastinya terarah kepada kem kebangsaan yang kini akan membuat perhitungan akhir bersama Singapura pada Selasa ini.

Dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Malaysia perlu mencatat kemenangan dalam usaha untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022.

Walaupun begitu, tugasan anak buah Kim Pan-gon dilihat sedikit getir selepas mereka sah kehilangan dia pemain pertahanan untuk aksi berdepan Singapura itu.

Dua pemain tersebut merupakan Khuzaimi Piee yang dilanda isu kecederaan serta Azam Azmi Murad digantung perlawanan kerana layangan kad merah sewaktu bertemu Vietnam lalu.

Namun begitu, berbekalkan kelebihan beraksi di laman sendiri serta mendapat sorakan ramai para penyokong Harimau Malaya, dijangka skuad kebangsaan mampu mempamerkan corak permainan lebih baik.

Menurut pertahanan kental negara iaitu Sharul Nazeem, beliau optimis skuad kebangsaan tetap mampu untuk memberikan yang terbaik, biarpun tanpa kelibat dua pertahanan tersebut.

Jelas Sharul, beliau percaya barisan pemain simpanan lain juga mampu memberikan mutu permainan berkualiti selepas melihat sendiri aksi mereka sebelum itu.

Ketiadaan dua pemain itu tidak menjadikan skuad negara tempang kerana menurut Sharul, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

“Ketiadaan kedua-dua pemain itu mungkin sedikit merencatkan percaturan coach Kim Pan-gon, tapi bagi saya mungkin beliau ada perancangan lain yang akan terapkan nanti kerana kita tahu setiap pemain mempunyai pengganti yang berkualiti.

“Jadinya, saya rasa skuad negara tidak tempang langsung kerana semua pemain yang dipilih oleh coach semuanya berpotensi dan bagus,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Sharul juga sedar akan kemampuan pihak lawan yang dianggap mempunyai kualiti tersendiri terutama sekali di posisi serangan mereka.

Pemaim tumpuan Singapura untuk aksi seterusnya pasti akan terarah kepada penyerang berbisa mereka iaitu Ikhsan Fandi yang sudah membuktikan kebolehan beliau di hadapan gawang gol.

“Kita tahu Vietnam ada kelebihan menentang Singapura malam ini, tapi kita tidak boleh ambil mudah, jadi kita kena pulun habis-habisan untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir nanti,” katanya lagi.

Pemain Selangor itu juga menjelaskan kem kebangsaan akan tampil dengan lebih baik untuk tidak membenarkan gawang gol Harimau Malaya untuk terus dibolosi seperti di Stadium My Dinh pada perlawanan lalu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN