Rashford Dedah Punca Kenapa Tidak Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama Man United

Penyerang berbisa Manchester United, Marcus Rashford telah pun mendedahkan punca, kenapa beliau telah didenda oleh pengendali kelab iaitu Erik ten Hag sebelum perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers.

Sebelum perlawanan tersebut bermula, timbul persoalan dalam kalangan penyokong tentang nama beliau yang disenaraikan di bangku simpanan.

Ini kerana, Rashford dilihat telah pun tampil dengan sangat cemerlang pada perlawanan lalu ketika menentang Nottingham Forest menerusi satu gol serta satu bantuan jaringan.

Menerusi pendedahan yang dilaporkan oleh ten Hag, beliau telah pun memberi hukuman kepada Rashford atas kesalahan yang dibuat sebelum itu.

Menurut Rashford, punca mengapa beliau tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama kerana pemain tersebut mengakui tidur lewat dan dikenakan denda berbentuk disiplin.

Namun, penyerang itu tampil membuktikan beliau layak untuk mendapat kemaafan pengurus kelab tersebut selepas tampil sebagai wira untuk meledak gol tunggal perlawanan.

“Saya sedikit lewat, saya tidur dan terlajak sehingga ia akhirnya ia menjadi masalah buat pasukan dan dihukum.

“Ini adalah peraturan pasukan dan kesalahan pastinya akan berlaku sesekali. Sudah tentu saya kecewa selepas tidak diturunkan untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

“Tetapi saya menghormati keputusan yang dibuat. Dan ya, saya sangat gembira kerana kami berjaya memenangi perlawanan ini dan mengutip tiga mata penuh,” jelas Rashford dengan gembira menerusi Sportbible.

Musim ini Rashford dilihat kembali menemui sentuhan beliau selaku antara penyerang berbisa buat kelab dan negara diwakilinya iaitu England menerusi corak permainan ditampilkan serta ledakan gol dicipta beliau.

Tampil dengan kekuatan fizikal lebih baik serta tenang di hadapan gawang gol, Rashford ketika ini menjadi antara sandaran utama ten Hag untuk membentuk kembali United menjadi antara pasukan digeruni.

Dalam saingan English Premier League (EPL) ketika ini, beliau telah pun meledak enam gol keseluruhan bersama tiga bantuan jaringan selain hanya mengutip dua kad kuning sahaja.

Untuk aksi Piala Dunia 2022 lalu, Rashford juga memainkan peranan penting buat barisan serangan negara, selepas beliau tampil mencatat tiga gol secara keseluruhan.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN