Selepas kejohanan Piala Dunia 2022 tamat beberapa hari lalu, kini saingan liga dan pelbagai lagi kejuaraan kembali bersambung selepas berehat dalam tempoh agak lama.
Antara perlawanan yang mencuri tumpuan ialah saingan 16 terbaik EFL Carabao Cup mempertemukan dua gergasi England iaitu Manchester City dan Liverpool yang berlangsung pagi tadi.
We exit the #CarabaoCup at the fourth round stage. #MCILIV pic.twitter.com/SD7PAndBOA
— Liverpool FC (@LFC) December 22, 2022
Pada perlawanan tersebut Liverpool terpaksa akur dengan kekalahan mereka di tangan City menerusi keputusan sangat sengit iaitu 2-3 selepas aksi berlangsung di Stadium Etihad.
Aksi yang berlangsung pagi tadi jelas sangat sengit selepas kedua pengurus kelab iaitu Pep Guardiola dan Jurgen Klopp masing-masing mahu membuktikan sesuatu.
Tiga jaringan City masing-masing diledak oleh Erling Haaland, Riyad Mahrez, dan Nathan Ake untuk terus mengesahkan kemenangan mereka di laman sendiri.
Manakala Liverpool pula hanya meraih dua jaringan menerusi Fabio Carvalho dan Mo Salah selain Darwin Nunez terus gagal untuk membuktikan sesuatu buat penyokong The Reds.
Untuk rekod, City belum pernah menewaskan Liverpool sejak lima pertemuan lalu, dan kemenangan ini pastinya memberi kepuasan buat Pep sejak sekian lama.
.@NathanAke heading us into the last eight! 👊 pic.twitter.com/GekK5tjSI3
— Manchester City (@ManCity) December 23, 2022
Walaupun ini merupakan pusingan keempat dalam saingan Carabao Cup, kedua pasukan mempamerkan aksi berintensiti tinggi untuk memberi keterujaan buat kedua penyokong.
Daripada 23 pemain mewakili City dan Liverpool yang sebelum ini beraksi di Qatar, hanya tujuh orang sahaja yang bermula dalam senarai kesebelasan utama dan selebihnya berada di bangku simpanan.
Lebih menarik, Haaland terus membuktikan beliau masih lagi konsisten selaku peledak berbisa dunia walaupun bercuti dalam tempoh agak lama.
Kekalahan Liverpool kali ini jelas memberi signal untuk pasukan tersebut bagi mendapatkan seberapa pemain baharu untuk kembali memperkuatkan kelab tersebut.
Liverpool tampil tidak konsisten sejak awal persaingan liga bermula, selepas beberapa pemain utama mereka mengalami kecederaan terutama sekali di posisi tengah serangan.
Untuk aksi seterusnya, The Reds akan membuat perhitungan dalam aksi Liga untuk menentang Aston Villa dan kemenangan pastinya dicari untuk kembali memperbaiki kedudukan semasa.
It's good to be back! 💥
🔵 3-2 🔴 #ManCity pic.twitter.com/RBLhAHnPGb
— Manchester City (@ManCity) December 22, 2022
City pula akan menghadapi Leeds United di gelanggang lawan iaitu Elland Road, dan mereka juga pastinya tidak rela untuk terus keciciran mata bagi mengejar pendahulu liga, Arsenal.