Analisis Perlawanan : Liverpool vs Manchester United (0-0)
Ia adalah perlawanan di antara pasukan yang bermain defensif dan pasukan yang lebih keinginan untuk bemain bola sepak menyerang.
Sebelum perlawanan Mourinho sudah memberikan gambaran bahawa beliau bersedia untuk bertahan dengan 11 pemain menentang pasukan berintensif tinggi Liverpool.
Permulaan
Kedua-dua pasukan bermula dengan formasi moden 4-2-3-1. Mourinho menarik keluar no.10 dan mengunakan Pogba sebagai pemain tengah menyerang.
Klopp pula menggunakan no.9 tulen dalam perlawanan ini setelah menarik Firmino ke peranan lebih di belakang. Ia selepas kehilangan Wijnaldum dan Lallana yang tidak boleh beraksi penuh.
20 Minit Pertama
Pada fasa ini Manchester United sangat positif. Mereka mendesak dan menekan Liverpool di blok atas. 2 pemain sayap mereka merantai pergerakan Milner dan Clyne supaya tidak ada gerakan sebelah sisi dari bawah.
United berjaya merampas banyak bola di garisan tengah. Membuatkan beberapa detik panik kepada Liverpool. Orientasi serangan United adalah untuk segera melakukan hantaran lintang kepada Ibrahimovic dan Pogba.
Ini adalah laporan heatmap Liverpool dan Manchester United pada awal 30 minit oleh squawka. Anda dapat melihat bagaimana ‘sekatan’ mereka berjaya mengurangkan akses pemain Liverpool ke kotak serangan.
United menyukarkan Liverpool untuk menngerakkan bola kehadapan. Asiditi pasukan Liverpool dineutralkan di garisan tengah.
United Mengetatkan Lagi Pertahanan
Pada separuh masa kedua, United mengetatkan lagi blok pertahanan mereka dengan bermain dengan pertahanan berenam di garisan pertahanan.
Ini adalah penjelasan ringkas bagaimana 4-2-3-1 kedua-dua pasukan berubah apabila Liverpool cuba menyerang. 2 pemain defensive winger United cuba mengekang 2 bek sisi ofensif Liverpool.
Fellaini dan Hererra ada tugas yang lebih banyak untuk mengekan 2 pemain utama di zon mereka.
Ini antara visual yang anda boleh lihat dengan jelas Hererra mengawasi Coutinho secara man to man pressing.
Ini akan mengurangkan pergerakan 4 pertahanan di belakang dan mereka boleh bermain lebih statik. Taktikal United ini akhirnya membentuk pertahanan berenam atau back 6.
Mobiliti pada Hererra amat penting untuk menolak Coutinho dan Firmino ke tepi dan ke bawah.
Ia lantas membentuk formasi 6-3-1 atau 9-0-1 ketika bertahan. Di bawah ini anda akan melihat pelan pertahanan adalah melindungi dengan ketat zon half-space dan zon 14.
2 bek sisi menjadi bek tengah ke-3 dan ke-4. 2 pemain sayap menjadi bek sisi. Taktikal ini kurang berjaya ketika menyerang kerana peranan Young dan Rashford yang terlalu ke bawah.
Ia menyukarkan serangan balas. Pada separuh masa pertama, mereka lebih akses untuk melakukan serangan balas kerana kedudukan Rashford dan Young yang lebih kepada bek sayap (wingback).
Kesannya, Liverpool memang memiliki akses terhad dalam perlawanan ini. Ini adalah hantaran Mane-Firmino-Coutinho dalam perlawanan ini. Sangat sedikit yang masuk ke final third.
Ini adalah corak hantaran Manchester United yang jelas cuba bermain mengelakkan diri daripada terkena pressing. Bailly dan Smalling boleh dikatakan hampir menjadi sweeper yang bekerja membuang bola.
Ini kerana mereka tidak terlibat langsung dalam build up serangan.
Serangan Liverpool
Dalam perlawanan ini Liverpool memulakan dengan no.9 tulen. Sturridge terputus daripada organisasi pasukan sejak dari awal.
Tidak ada komunikasi dan interaksi yang baik oleh Strurridge dengan pemain di belakang beliau. Kadangkala beliau tergerak terlalu awal. Kadangkala beliau bergerak dalam koordinasi yang tidak selaras dengan pasukan.
Ini adalah corak hantaran Liverpool dalam perlawanan ini. Mereka nampak stabil di semua sektor. Namun masalah utama adalah tidak mampu berhubung dengan Sturridge.
Pada separuh masa kedua, Liverpool lebih penetratif kerana United lebih pasif daripada separuh masa pertama. Fasa utama perubahan serangan Liverpool adalah ketika kemasukan Adam Lallana.
Lallana memiliki minit yang terhad kerana dia baru pulih. Klopp terpaksa menggunakan Lallana dengan minit yang ada.
Kesan ketara adalah, apabila Lallana masuk, dia menolak Coutinho lebih ke hadapan. Manakala Firmino bermain peranan floating attacker ataupun false 9. Liverpool berada dalam organisasi yang lebih tajam.
Liverpool berjaya memecahkan blok rendah United namun United cemerlang untuk mematikan cubaan akhir mereka.
Liverpool banyak menyerang dari arah kiri selepas itu. Kemudian Jose Mourinho membuat pertukaran memasukkan Rooney untuk menngantikan Rashford.
Pada mulanya saya menjangkakan United akan menggunakan minit-minit akhir untuk melancarkan serangan balas namun rupa-rupanya ia adalah pertukaran langsung secara posisi.
Rooney turut bermain bek sisi.
Penilaian
Liverpool ada masalah sekali lagi dari segi kreativiti apabila berhadapan dengan pasukan yang ultra defensive. Klopp sendiri menggariskan Liverpool sukar mencari satu ruang untuk dimanipulasi.
Liverpool terlalu lama membuang masa dengan sistem serangan yang rosak pada separuh masa pertama.
Jika Firmino dimulakan sebagai false 9 dari awal, mungkin Liverpool boleh menggerakkan serangan dengan lebih cair (fluid) lebih awal seperti mana yang mereka lakukan di separuh masa kedua.
United jelas bermain negatif dan pasif sepanjang perlawanan. Ini kerana Jose Mourinho tidak mahu mengambil risiko. Ini adalah laporan posisi dominan sepanjang perlawanan ini.
Ini adalah laporan sentuhan bola dilakukan kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini. United agak terhad sentuhan di kawasan lawan.
Mourinho masih tidak memiliki kesebelasan terbaik (recognized 11) setakat ini. Peranan Pogba sendiri pun masih belum diselesaikan oleh Mourinho.
United berjaya membawa 1 mata seperti yang mereka mahukan dalam perlawanan ini.
Pemain Terbaik
David De Gea (Manchester United)
De Gea hampir memberikan kemnangan kepada United jika Ibrahimovic menyempurnakan peluang terbuka beliau. 2 key saves dilakukan oleh De Gea. Salah satu daripadanya adalah point blank save.
Statistik
Baca juga : Mengenang Memori Derbi Barat Laut Bersama Gary Neville Dan Jamie Carragher