Reviu Liga Perdana 2016: Pasukan Mana Paling Mengecewakan? Perpindahan Mana Paling Berbaloi?

Jika kami mampu, kami akan menganjurkan satu majlis khas untuk menganjurkan majlis penyampaian hadiah bagi anugerah ini. Tetapi kami tidak mampu. Jadi kami buat artikel ini.

Kami menyenaraikan 11 anugerah dan pengiktirafan khas untuk Liga Perdana musim 2016.

1. Pasukan Yang Tidak Menepati Ramalan (Most Overated Team of The Season)

Perlis

Kredit gambar : Nazrulhad Hashim / www.asiana.my
Kredit gambar : Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Selepas membelanjakan sejumlah wang yang agak besar untuk menarik beberapa nama besar termasuk membawa masuk bekas jurulatih kebangsaan sebagai pengendali.

Justeru harapan tinggi sudah pasti diletakkan ke atas mereka, bukan sahaja daripada penyokong Perlis malah daripada media dan juga pundit.

Namun sebaliknya pula berlaku. Mereka pernah bergelut di kelompok tercorot liga. Kini mereka mengakhiri liga di tangga pertengahan. Mereka juga gagal beraksi dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia 2016.

Ia adalah musim untuk dilupakan bagi penyokong-penyokong Perlis.

2. Penyelamat Musim (Savior of The Season)

Park Yong Jun (Perlis)

LIGA PERDANA / PERLIS VS JDT II

Pada awal musim Perlis menggunakan khidmat Kayne Vincent. Beliau berjaya menempatkan diri sebagai penyerang yang dilihat akan bersaing untuk kasut emas Liga Premier dengan 6 gol menjelang rehat musim liga.

Tidak disangka-sangka, Perlis mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat beliau selepas cuti Hari Raya. Dollah Salleh agak panik untuk mencari pengganti Vincent.

Oleh itu, Dollah memilih untuk membawa masuk Park Yong Jun. Dollah terpaksa meletakkan segala harapan kepada pemain ini kerana tahu akan kecaman yang akan diterima.

Park Yong Jun tidak menghampakan. Beliau menjadikan beberapa pemain Perlis di sekitar beliau lebih baik terutamanya Chad Souza. Ini kerana kerajinan dan kesungguhan beliau di dalam padang .

3. Pasukan Yang Menepati Ramalan (Expected Team of The Season)

JDT II

Kredit gambar : Nazrulhad Hashim / www.asiana.my
Kredit gambar : Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Seperti yang dijangka, pasukan ini akan memberikan masalah kepada mana-mana pasukan yang mahu pergi ke Liga Super.

Pengurusan JDT sebelum ini menyatakan kelab ini sebagai sumber pembekal kepada JDTI dan tidak akan bermain di Liga Super walaupun mereka juara sekalipun.

Apa yang pasti mereka ada tenaga pemain muda yang kompetitif untuk beraksi dengan pemain-pemain veteran. JDTII turut menjadi pesaing Liga Premier musim ini sebelum Melaka dinobatkan juara pada hari perlawanan ke-20.

Mereka berjaya layak ke Piala Malaysia 2016.

4. Pasukan Yang Melebihi Jangkaan (Most Underrated Team of The Season)

Melaka

Kredit gambar : Lensa Ayid/Asiana.com
Kredit gambar : Lensa Ayid/Asiana.com

Pada awal musim, Mat Zan Mat Aris menyatakan mereka akan cuba untuk mara ke Liga Super dalam masa 2 tahun selepas memenangi promosi ke Liga Premier.

Mat Zan juga turut menolak sebarang harapan terlalu tinggi untuk pasukan ini kerana mereka adalah pendatang baru ke Liga Premier, cukuplah dengan berada di kelompok 5 terbaik.

Namun, ceritanya lebih indah. Mereka mara ke Liga Super musim hadapan dengan status juara Liga Premier.

Melaka baru sahaja mengakhiri 10 kemenangan berturut-turut dalam Liga Premier mereka.

5. Duo Terbaik (Duo of The Season)

Gabriel Guerra-Matias Hadwa (PKNS)

gabriel-guerra-and-matias-hadwa

Kami ada beberapa senarai termasuk Gabriel Guerra-Juan Cobelli, Paulo Rangel-Zaquan Adha dan juga Spasojevic-Surendren.

Namun kami merasakan Guerra-Hadwa ini sebagai pasangan yang lebih dinamik berdasarkan tenaga skil dan gandingan yang konsisten serta kerjasama berpasukan.

Duo ini telah menjadi instrumen penting dalam kempen PKNS untuk mara ke Liga Super musim hadapan dengan menjaringkan 27 gol di antara mereka sehingga perlawanan ke-21.

6. Perpindahan Terbaik (Transfer of The Season)

Ilija Spasojevic (Melaka)

Kredit gambar : Nazrulhad Hashim / www.asiana.my
Kredit gambar : Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Beliau baru bersama dengan Melaka musim ini. Mat Zan Mat Aris tidak ragu-ragu untuk menjadikan beliau sebagai ketua pasukan Melaka walaupun ada beberapa pihak meragui pemilihan itu.

Spasojevic membuktikan dia adalah perpindahan paling bernilai dalam sejarah bola sepak Melaka. Setakat perlawanan ke-21 Liga Premier, Spasogoal sudah menjaringkan 24 gol.

7. Perpindahan Merugikan (Worst Signing of The Season)

Obinna Nwaneri (Perlis)

asianatest-13770

Jangkaan dan harapan peminat ke atas beliau agak tinggi. Beliau adalah bekas pemain generasi emas bola sepak di Kelantan.

Beliau dikhabarkan menerima bayaran RM65,000 sebulan. Jadi tidak hairanlah beliau adalah pemain yang perlu menunjukkan kualiti berdasarkan gaji.

Malangya, Nwaneri gagal untuk menjadi pemain penting Perlis pada musim ini. Beliau bergelut untuk memenangi tempat sebagai bek tengah utama.

Ketika seorang wakil kami semuanyaBOLA menyaksikan perlawanan di antara DRB Hicom vs Perlis di Tanjung Malim. Nwaneri gagal memecah masuk ke dalam kesebelasan utama Dollah Salleh.

Beliau duduk di bangku simpanan dengan berat badan yang agak berlebihan untuk pemain bola sepak profesional.

Dalam perlawanan tersebut Dollah Salleh menggunakan Nwaneri sebagai pertahanan tambahan di defensive midfielder untuk mengekalkan kedudukan seri.

8. Prospek (Propect of The Season)

Maxius Musa (Sabah)

KOTA KINABALU 20 FEBRUARY 2016. (FOR SPORTS DESK) Pemain sayap Pasukan Sabah Maximus Musa (kiri) dikawal rapi pertahanan KL MOF FC pada perlawanan Piala FA, Pasukan Sabah menentang KL MOF FC di Stadium Likas Kota Kinabalu. NSTP/EDMUND SAMUNTING

Pada awalnya kami menyenaraikan beberapa nama seperti Daniel Ting, dan Khair Jones. Menariknya adalah, kami meletakkan penyerang Kuantan FA, Abdul Malik Mat Ariff sebagai pemenang kategori.

Beliau berada dalam senarai 8 penjaring gol terbanyak Liga Premier sehingga perlawanan ke-21. Ariff juga satu-satunya pemain tempatan yang berada dalam kelompok 10 terbaik.

Namun selepas disemak, beliau sudah pun berusia 25 tahun. Dalam terma bola sepak, 25 tahun sudah tidak layak digelar prospek.

Jadi kami memilih Maxius Musa yang berusia 23 tahun sebagai prospek terbaik dalam Liga Premier musim ini. Kami menjangkakan banyak pasukan Liga Super yang mulai mengintai bakat penyerang sayap Sabah ini.

Beliau adalah produk Harimau Muda.

9. Pecah Masuk Musim Ini (Breakthrough of The Season)

Zaquan Adha (JDTII)

kredit gambar : rizanizam/asiana.my
kredit gambar : rizanizam/asiana.my

Jika anda mencari salah satu kisah yang penuh dengan inspirasi daripada padang bola sepak, kisah Zaquan Adha pada musim 2016 mungkin salah satu daripadanya.

Zaquan berusaha keras untuk mengembalikan prestasi terbaik beliau selepas beberapa siri kecederaan. Nama beliau semakin jauh daripada bibir peminat, malah ada yang mungkin sudah lupa tentang beliau.

Ia bukan satu episod yang mudah untuk beliau apabila terpaksa mempelajari peranan baru bermain sebagai penyerang sayap kerana beliau adalah no.9 tulen.

Berkat kesungguhan beliau, Zaquan Adha kembali meniti bibir peminat dan menjadi senjata penting JDTII.

Setelah sekian lama tersisih daripada skuad kebangsaan, beliau akhirnya berjaya memecah masuk ke dalam senarai skuad kebangsaan.

Beliau dijangka akan menjadi pemain penting dalam kem Datuk Ong Kim Swee pada Piala AFF nanti.

Seorang lagi pemain yang konsisten yang berada dalam pertimbangan kami adalah Hasbullah Abu Bakar dari JDTII.

10. Watak Paling Digemari Musim Ini (The Most Lovable of The Season)

Ilija Spasojevic (Melaka)

Kredit gambar : Nazrulhad Hashim / www.asiana.my
Kredit gambar : Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Beliau adalah pemain yang menjadi idaman setiap jurulatih. Boleh memimpin, prolifik dan juga pemain pasukan.

11. Detik Paling Kontroversi (Controversy of The Season)

Insiden ‘Ambik Kasut Saya’ Aman Fareez

aman

Siapa boleh lupa insiden panas itu berlaku di Sabah ketika Perlis tewas 0-1.

Seorang penyokong bertanya kepada pemain Perlis tentang apa sebenarnya sudah berlaku kepada pasukan yang berbelanja besar itu tetapi masih hambar.

Kapten Perlis, Afif Amiruddi dan Azmizi dikatakan sedang menjelaskan kepada penyokong dengan cara yang baik.

Tiba-tiba datang Aman Fareez dari belakang dan mencelah lalu berkata:

“Kalau abang rasa boleh main, ambil kasut saya dan main.”

Ia mengundang kemarahan penyokong Perlis dan juga reaksi daripada peminat bola sepak tempatan yang menganggap ia tindakan tidak profesional.

Sehari selepas insiden itu, Aman Fareez meminta maaf. Namun dengan cara yang agak sarkastik.

Itulah 11 anugerah daripada semuanyaBOLA untuk Liga Premier musim 2016. Anda ada senarai anda sendiri? Kongsikan dengan kami.

Peluang terakhir dapatkan jersi original Selangor

Bercakap tentang bola sepak tempatan, anda juga boleh memberikan sokongan kepada skuad Selangor yang akan berentap dalam final Piala Malaysia 2016 dengan membeli jersi original mereka.

photo_2016-10-17_18-47-41

Kami mahu memberikan anda peluang terakhir untuk memiliki jersi original Selangor; kali ini dengan hanya RM90!

Anda boleh membeli ketiga-tiga jersi Selangor ini di https://thesbx.com/

Baca juga : 5 Rumusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2016!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN