Hat Trick Header: Permainan Virtual Reality Pertama Berasaskan Bola Sepak

Permainan video semakin berevolusi dari hari ke hari.

Bermula dengan permainan seperti Polystation berubah kepada Sony Playstation dan Microsoft Xbox. Playstation dan Xbox juga telah berubah dari menjadi Playstation 1 kepada Playstation 4.

Begitu juga dengan Xbox yang kini sudah menjadi Xbox One.

Kini, dunia permainan video sudah berevolusi dengan permainan bercorak Virtual Reality (VR).

Apa itu VR?

VR merupakan satu ciri permainan video moden yang memerlukan pemain menutup mata mereka dengan sebuah gogal yang mempunyai skrin di dalamnya.

Gogal itu kemudiannya dibantu dengan sebuah alat kawalan untuk mengawal permainan.

VR

VR ini telah dimula pakai di pelbagai peranti permainan video antaranya Playsation 4 dan PC.

Ia digunakan untuk pelbagai permainan seperti Euro Truck Simulator 2, Minecraft dan Half-Life 2.

Secara asasnya, permainan VR ini tidak ubah seperti kita bermain Nintento Wii yang memerlukan pergerakan badan ketika bermain. Yang bezanya disini cuma pemain perlu memakai gogalnya sahaja.

Namun begitu, ada juga permainan VR yang memerlukan pergerakan badan ketika bermain.

Permainan VR berasaskan bola sepak

Genre sukan atau lebih khusus bola sepak juga tidak terlepas dari menjadi sebahagian daripada keluarga permainan VR ini.

 

Salah satu permainan VR yang berasaskan bola sepak adalah Hat Trick Header.

Hat Trick Header adalah permainan VR berasaskan bola sepak yang ada di peranti PC.

Ia memerlukan pemain untuk menanduk bola ke arah sasaran yang ditetapkan dalam masa yang ditetapkan.

Hat Trick Header ini boleh dimainkan secara sendirian (single) ataupun bermain menentang rakan-rakan (multiplayer).

Apa yang menarik mengenai permainan ini adalah jika kita berjaya menanduk bola ke sasaran yang berbeza. Ia akan berikan markah bonus dan juga senjata rahsia seperti super ball.

Permainan ini menarik untuk dicuba jika anda ingin cuba sesuatu yang baharu dan ingin lari sekejap dari permainan video yang mainstream seperti FIFA & PES.

Permainan ini boleh didapati di Steam dengan harga RM23.00 sahaja.

Selain daripada itu, terdapat juga permainan VR yang diberi nama Soccer Header.

Ia hampir sama dengan Hat Trick Header, namun ia diibaratkan anda seperti berada di padang latihan.

Hal ini kerana anda akan seperti berada dalam latihan sepakan penjuru, bola akan hadir hasil hantaran dari rakan anda yang melakukan hantaran ke dalam kotak penalti.

Permainan ini boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

Baca juga: 5 Permainan Bola Sepak Yang Boleh Anda Main Jika Sudah Bosan Dengan PES & FIFA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN