Alasan Mengapa Erling Haaland Tidak Mahu Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan England

Erling Haaland sebenarnya boleh memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan England namun beliau memilih untuk tidak melakukan hal tersebut.

Beliau bahkan sebenarnya mampu untuk beraksi di pentas Piala Dunia 2022 ini bersama skuad The Three Lions, namun Haaland lebih sanggup untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Norway.

Pemain berusia 22 tahun itu sudah membuat 23 kemunculan bersama skuad kebangsaan Norway dengan beliau berjaya menjaringkan 21 gol sepanjang tempoh tersebut.

Beliau walau bagaimanapun tidak akan dapat beraksi di pentas Piala Dunia kali ini kerana negaranya, Norway tersingkir di pusingan kelayakkan.

Seandainya beliau memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan England, Haaland jelas sekali bakal menjadi nadi penting dalam skuad kendalian Gareth Southgate itu di Qatar nanti.

Mengapa Haaland boleh memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan England?

Hal itu kerana Haaland sebenarnya dilahirkan di England pada tahun 2000 yang lalu dengan ayahnya, Alf Inge ketika itu sedang beraksi dalam saingan Premier League.

Haaland Sr selain beraksi bersama Leeds United, beliau juga turut pernah tiga tahun beraksi bersama skuad Manchester City.

Melihat kepada sejarah ayahnya yang pernah beraksi bersama Man City lah yang sebenarnya membantu Haaland untuk memutuskan masa depannya di Etihad.

Bekas bintang Borussia Dortmund itu pernah menyatakan yang beliau sebenarnya sudah beraksi bersama skuad England andai ayahnya tinggal lebih lama di negara tersebut.

“Saya tinggal di sini (England) selama tiga tahun setengah atau empat tahun dan saya tinggal di Norway dalam tempoh masa yang sangat lama, jadi tak hairanlah kenapa saya memilih Norway.”

Jelas Haaland kepada Goal.

“Kamu tak akan tahu bagaimana jika ayah saya beraksi lebih lama di England atau tinggal di sana, mungkin saya akan jadi orang Inggeris, saya pun tak tahu.”

“Tapi ya, Saya orang Norway dan saya bangga tentang itu.”

Pada tahun 2020 yang lalu, Southgate ada menyatakan yang beliau tidak begitu berminat mahu mendapatkan khidmat Haaland apa lagi selepas melihat bintang Man City itu sudah mewakili skuad muda Norway.

Haaland merupakan antara pemain bintang besar dalam dunia bola sepak yang tak akan membuat kemunculan di pentas Piala Dunia kali ini.

Seandainya beliau memilih untuk beraksi bersama skuad England, jelas sekali Haaland kini akan menyertai lima lagi rakannya di Etihad untuk bersama skuad The Three Lions di Qatar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN