VIDEO: Berkaki Satu Tak Halang Pemain Ini Jaringkan Gol Lipat Gulung

Berkaki satu bukan penghalang untuk pemain ini menjaringkan gol lipat gulung yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan bagaimana pemain berkaki kudung dari Poland, Marcin Oleksy menjaringkan gol lipat gulung yang sungguh dasyat.

Oleksy menjaringkan gol yang sungguh indah tersebut ketika beliau beraksi dalam saingan PZU Amp Futbol Elstraklasa 2022 dan harus diakui gol jaringannya itu sememangnya luar biasa menakjubkan.

Pemain tersebut sebenarnya bermain di posisi penjaga gol dan beliau telah dilanggar kereta ketika di usia 23 tahun yang menyebabkan kakinya dipotong.

Ketika sedang beraksi bersama kelab dari Poland, Warta Poznan bertemu Stal Rzeszow dalam saingan PZU Amp Futbol Elstraklasa 2022, Oleksy berjaya mencuri perhatian ramai selepas menjaringkan gol yang dasyat untuk skuadnya.

Ketika perlawanan tersebut, rakan sepasukannya telah melambungkan bola yang sangat cantik ke arah beliau yang sedang berada berhampiran kotak penalti.

Pemain berusia 41 tahun itu kemudiannya membetulkan kedudukan beliau sebelum beliau kemudiannya melambungkan badan dan merembat bola menerjah jaring gawang gol lawan.

Bola hasil rembatan lipat gulung beliau itu cantik menuju ke sudut tepi gawang gol lawan dengan Oleksy mencampakkan tongkatnya untuk meraikan gol yang sungguh dasyat itu.

Rakan sepasukannya yang teruja melihat gol tersebut kemudiannya meluru ke arah Oleksy dan memeluknya bagi meraikan gol tersebut.

Pemain veteran yang pernah menjadi penjaga gol itu merupakan pemain utama untuk skuad kebangsaan Poland di pentas Piala Dunia untuk kategori kudung, dan beliau juga turut membantu menjadi jurulatih penjaga gol untuk negaranya.

Para peminat di media sosial turut teruja melihat gol jaringannya itu dan ramai dari mereka yang menyokong gol tersebut supaya memenangi anugerah puskas.

“Tidak adil kalau gol ini tidak diberikan apa-apa anugerah, gol yang sememangnya sangat cantik dan menakjubkan.”

https://twitter.com/sportstigerapp/status/1589955654600781825?t=mR0OuOoaz9oEcMDfI89MTw&s=19

“Bayangkan kalau dia cukup sifat, saya rasa tak mustahil dia boleh jadi antara pemain terhebat dunia.”

“Tak ada sesiapa ke yang mahu bercakap tentang usia dia yang sudah 41 tahun? Di usia itu dia mampu jaringkan gol seperti ini, sungguh dasyat.”

Walau beliau tidak cukup sifat, namun harus diakui apa yang beliau lakukan selayaknya dihormati dan menjadi inspirasi kepada pemain-pemain lain.

Berkaki satu bukan alasan untuk seseorang itu berhenti mengejar cita-citanya dan Oleksy merupakan contoh terbaik untuk menjadi ikutan ramai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN