Qatar 2022: Generasi Emas Wales Mahu Jadi Lebih Hebat Daripada England

Qatar 2022
  • Pasukan: Wales
  • Benua: Eropah
  • Kali terakhir layak: 1958
  • Pencapaian terbaik: suku akhir (1958)

Wales melakukan kemunculan yang amat ditunggi penyokong mereka apabila berjaya layak ke Qatar 2022 selepas 64 tahun menyepi.

Skuad Wales yang dianggap berada di penghujung generasi emas mereka akhirnya berjaya ke Piala Dunia dan ini adalah tempat terbaik untuk The Dragons memberikan impak terbaik dan tonjolkan kemampuan sebenar.

Ditambah pula dengan sekumpulan bersama England dalam kumpulan B, Wales semestinya mahu membalas dendam kepada Three Lions apabila mereka ditewaskan ketika bertemu di EURO 2016.

Dan semestinya, skuad kendalian Rob Page mahu menjadi lebih baik berbanding seterus Britain mereka dalam kejohanan ini.

Yang terakhir

Wales menjadi pasukan terakhir dari benua Eropah yang berjaya layak ke Qatar 2022 selepas mengharungi perjalanan play-off.

Di perin gkat kumpulan pusingan kelayakan, Wales berjaya menamatkan saingan ditangga kedua kumpulan B yang turut dihuni Republik Czech, Estonia, Belarus dan juara kumpulan – Belgium.

Dipsahkan dengan lima mata untuk hanya mampu menjadi naib johan kumpulan, Wales perlu melalui jalan yang panjang sebelum berjaya layak ke Qatar.

Sebagai naib juara, Wales perlu melalui peringkat play-off  dengan perlu beraksi dua lagi perlawanan tambahan untuk menjadi tiga pasukan terakhir Eropah layak ke Qatar.

Mereka bertemu Austria dahulu dan berjaya menang 2-1 untuk menempah pertemuan dengan Ukraine.

Dikala sentimen ketika itu lebih ke arah Ukraine yang sedang teruk dibedil Rusia, ianya tidak menghalang Wales untuk tidak beri muka kepada mereka.

Pendekatan itu berhasil apabila Wales berjaya menang 1-0 dan menamatkan penantian panjang 64 tahun untuk ke Piala Dunia.

Langkah terakhir generasi emas

Qatar 2022 akan dilihat sebagai gelanggang terakhir generasi emas Wales yang akhirnya berjaya meletakkan negara itu di peta bola sepak dunia.

Kemuncak yang diperoleh apabila berjaya sehingga separuh akhir EURO 2016 dan pusingan 16 terbaik EURO 2020 walaupun tidak berjaya layak ke Piala Dunia 2018.

Piala Dunia kali ini boleh sebagai medan terbaik buat Wales untuk menonjolkan kekuatan sebenar dengan berdepan lawan-lawan dari benua lain seperti Amerika Syarikat dan Iran.

Qatar 2022: Mampukah England Akhirnya ‘Bawa Pulang’ Bola Sepak?

Mereka sudah dikenali dan digeruni di Eropah, kini masanya untuk tunjukkan kepada benua lain apa yang Wales boleh lakukan.

Qatar 2022 ini juga akan menjadi pentas terakhir untuk ahli generasi emas Wales seperti Wanye Hennessey (35 tahun), Joe Allen (32 tahun), Aaron Ramsey (32 tahun) dan Gareth Bale (33 tahun) berbakti kepada negara sebelum bersara.

Mungkin ada diantara mereka akan terus bersama seandainya Wales layak ke EURO 2024 kelak. Tetapi, sudah pastinya pemain-pemain ini ingin berikan yang terbaik dalam kejohanan yang dianggap sebagai terakhir buat mereka.

Mujur kini generasi emas Wales sudah sedikit demi sedikit disambung oleh muka baharu seperti Neco Williams, Dan James dan Harry Wilson.

Bola sepak Wales berada di tangan yang selamat ketika ini.

Lancarkan apimu, sang Naga!

Api dari mulut sang Naga pastinya akan membakar setiap lawan yang cuba untuk menumbangkannya.

Sebagai sebuah pasukan yang stabil di setiap posisi, Wales dilihat mampu untuk layak ke peringkat seterusnya walaupun diletakkan dalam kumpulan maut.

Layak ke pusingan 16 terakhir adalah realistik, maju ke suku akhir adalah bonus buat mereka.

Semoga berjaya, Wales.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN