Adakah Kuching City berpotensi untuk membuat kejutan ke atas Sabah FC kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam aksi suku akhir Piala Malaysia 2022?
Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak. Perancangan rapi bagi sesuatu perlawanan diperlukan agar segala yang dirancang mampu berjalan lancar.
Menurut penganalisis di Semuanya BOLA yang juga merupakan jurulatih bertauliah, Shaiful Shazwan, Sabah dikesan bermasalah untuk merencana asakan ke atas pasukan yang bertahan secara ‘Mid-blocks to Low-blocks’.
Ketika berdepan UiTM FC di pusingan 16 terbaik, Sabah sukar untuk mencipta asakan berkesan dan dua daripada tiga gol mereka adalah menerusi situasi bola mati. Ia adalah gambaran kesukaran mereka.
Mereka memiliki pakar situasi bola mati, Baddrol Bakhtiar untuk bergantung harap. Ini adalah talian hayat terbesar yang dimiliki oleh ‘The Rhinos’ kini.
Baddrol Bakhtiar a.k.a The Sniper
Pulun Kedah Pulun 🔰🏆#Kedah #Johor #PialaMalaysia2017 #AFCU19
Boleh Tonton di youtube pic.twitter.com/h4D8EspttK— FF (@FFanme) November 4, 2017
Ini pernah diakui oleh beberapa individu seperti pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain, “Sabah menggunakan kelebihannya dari segi set-pieces, hantaran lintang, bola mati. Kita leka dan dihukum dengan dua jaringan.”
Jadi, jika Kuching City menerapkan sesuatu yang sama seperti UiTM, Kim Swee bakal melalui malam yang sukar untuk memikirkan cara bagaimana untuk merobek gawang lawan yang bakal dikukuhkan oleh Aylton Alemao dan Yuki Tanigawa yang cemerlang bila berdepan situasi bola di udara.
Sabah adalah pasukan yang berpaksikan hantaran-hantaran lintang berbahaya yang sentiasa akan dicipta di sebelah koridor kanan dan kiri.
Dan menurut Shaiful, Sabah akan memanfaatkan ruang di ‘wide-play’ untuk membina asakan, “Mereka turut kerap melakukan overloading di bahagian ini bagi melepaskan pemain mereka untuk berada di kedudukan ideal bagi melancarkan hantaran lintang merbahaya serta berkualiti [dari sayap].”
‘The Cats’ adalah pasukan yang bertahan secara 4-4-2 Mid-blocks. Sabah akan melalui malam yang sukar sekali lagi untuk memecah kubu lawan?
Apabila Sabah melalui kesukaran untuk meledak gol, Kuching City mungkin akan manfaatkan kelebihan mereka yang ‘identical’ dengan Sabah.
Mereka adalah pasukan yang berpaksikan kepada situasi bola mati tidak kira sama ada sepakan percuma, penjuru mahupun lontaran ke dalam.
Dan yang menariknya, ‘The Rhinos’ adalah pasukan yang lemah ketika berdepan situasi bertahan Set-Play. Dan jelas sekali, Kuching City akan ‘cari makan’ melalui situasi ini sepenuhnya dalam pertembungan malam ini.
Ia satu pertembungan yang menarik walaupun mungkin akan ada yang beranggapan ia bakal berpihak kepada Sabah. Sama-sama kita nantikan.