Seekor Merpati Dituduh Telah Merompak Kemenangan Arsenal Bertemu Southampton

Penyokong Arsenal telah menuduh seekor burung merpati sebagai punca mengapa mereka gagal untuk mengutip tiga mata penuh ketika beraksi bertemu Southampton.

Mereka mengeluarkan dakwaan tersebut selepas melihat penjaga gol utama, Aaron Ramsdale terganggu dengan kehadiran merpati itu.

Stuart Armstrong berjaya meledak gol penyamaan untuk Southampton mengikat Arsenal 1-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di St. Mary stadium dua minggu lalu itu.

Keputusan seri itu secara tak langsung mengganggu skuad kendalian Mikel Arteta untuk terus menjarakkan diri dari pencabar terdekat mereka, Manchester City.

The Gunners kini sedang berada di kedudukan pertama dalam carta saingan liga dengan mereka dua mata mengatasi juara bertahan, The Citizens yang sedang berada di kedudukan kedua.

Ramsdale yang kini merupakan antara penjaga gol terhebat dalam dunia bola sepak telah melakukan kesilapan bodoh dalam perlawanan tersebut yang menyebabkan gawang golnya dibolosi.

Peminat mengesan ada sesuatu yang sebenarnya telah mengganggu tumpuan Ramsdale ketika Armstrong menyamakan kedudukan untuk Southampton.

Ramsdale terlalu membuang masa untuk melihat sebelah kirinya dengan Mohamed Elyounoussi memanfaatkan kesempatan yang ada untuk mengumpan bola kepada Armstrong.

Terbaru, tular sebuah video yang memperlihatkan bagaimana Ramsdale terlalu beri perhatian kepada seekor burung yang ada di sebelahnya ketika Southampton sedang melancarkan serangan.

Penjaga gol Arsenal itu dilihat terlalu lambat untuk bertindak dan kerana itulah Armstrong dengan mudah melepaskan diri dan meledak gol.

Ramsdale kebiasaannya akan bertindak dengan lebih pantas dan sememangnya kepakaran beliau untuk menghalang percubaan seperti itu.

Peminat percaya hampir 80 peratus penjaga gol dalam saingan Premier League tidak akan berdepan sebarang masalah untuk menyelamatkan keadaan ketika berdepan situasi seperti Ramsdale itu.

Seandainya beliau memberi tumpuan dan keluar lebih awal untuk menghalang Armstrong, jelas sekali Southampton tidak akan berpeluang untuk memperoleh gol dari posisi tersebut.

Peminat percaya burung tersebut menjadi punca mengapa Ramsdale hilang tumpuan dan menyebabkan gawang golnya dibolosi.

Minggu ini, Arsenal bakal turun berdepan Chelsea di Stamford Bridge dan jelas sekali Mikel Arteta akan lakukan apa sahaja demi memastikan skuadnya mengutip tiga mata penuh.

Chelsea kini 10 mata di belakang Arsenal dan mereka jelas sekali mahu mengutip tiga mata penuh dalam usaha mereka mahu mencabar Newcastle yang sedang berada di kedudukan keempat dalam carta liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN