Punca Mengapa Liverpool Dilanda Krisis Kecederaan Pemain Yang Sangat Teruk Pada Ketika Ini

Liverpool pada ketika ini sedang dilanda krisis kecederaan pemain yang sangat kritikal dengan lapan pemain dari skuad utama mereka terpaksa diketepikan kerana masalah tersebut.

Darwin Nunez, Thiago Alcantara, Luis Diaz, Diogo Jota, Naby Keita, Joel Matip, Ibrahima Konate dan Arthur Melo terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Apa yang lebih teruk untuk Liverpool lagi adalah mereka selepas ini bakal berdepan jadual yang sangat padat dengan skuad yang sangat tempang.

Pemain-pemain yang terpaksa diketepikan itu merupakan pemain utama untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu dan jelas sekali ia memberikan impak yang sangat besar untuk skuad The Reds itu.

Liverpool tidak melalui musim yang sangat sempurna pada musim ini dengan mereka kini berada di kedudukan kelapan sahaja dalam saingan Premier League selepas melalui 11 perlawanan.

Dengan para pemain sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, masalah kecederaan pemain jelas sekali satu hal yang sangat-sangat mahu mereka elakkan.

Namun hal itu sepertinya tidak memihak kepada kem Liverpool dengan mereka kini sedang bergelut dengan masalah krisis kecederaan pemain.

Seorang demi seorang pemain terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan dan hal itu sememangnya memberi impak yang besar untuk The Reds.

Tapi mengapa Liverpool boleh dilanda masalah kecederaan yang begitu parah?

Ketiadaan doktor kelab punca masalah kecederaan Liverpool semakin parah

Selepas kehilangan doktor kelab, Jim Moxon pada awal bulan Ogos yang lalu, Liverpool sehingga kini masih gagal untuk mencari doktor kelab yang baru.

Ia bermaksud The Reds kini melalui musim baharu ini dengan mereka tidak mempunyai doktor kelab sendiri.

Lebih memburukkan keadaan lagi, Liverpool turut kehilangan doktor akademi mereka sehari sebelum bermulanya kempen musim ini.

Secara tak langsung Liverpool kini sudah kehilangan kedua-dua doktor yang mereka ada sejak dari bulan Ogos yang lalu.

Moxon sebenarnya terlibat dengan skuad The Reds ketika aksi pra-musim baru-baru ini dan beliau kemudiannya memilih untuk meninggalkan kelab selepas baru dua tahun berkhidmat di Anfield.

Doktor berpengalaman dan yang paling lama berkhidmat untuk kelab, Andy Massey turut telah meninggalkan Liverpool untuk berkhidmat bersama FIFA pada tahun 2020 yang lalu.

Sejak ketiadaan Andy, Liverpool sememangnya sudah teruk dibelenggu masalah kecederaan pemain.

Kini Liverpool dikatakan sedang dalam usaha mereka untuk mencari doktor terbaru dengan mereka sendiri sudah sememangnya sedang berada dalam krisis kecederaan pemain yang sangat teruk.

Pada ketika ini, isteri kepada Massey, Sarah Lindsay yang juga sports physician kelab merupakan individu bertanggungjawab yang mengiringi skuad utama Liverpool ketika hari perlawanan.

Sarah turut dibantu oleh Bevin McCartan yang merupakan head of academy medical kelab.

McCartan sebenarnya baru sahaja menyertai Liverpool pada awal tahun 2022 lalu selepas beliau sebelum ini berkhidmat bersama pasukan rugbi wanita Harlequins, NFL dan skuad wanita England.

Sebelum Liverpool melantik Moxon pada tahun 2020 yang lalu, The Reds sebenarnya hampir melantik Gary O’Driscoll dari Arsenal.

Walau bagaimanapun, doktor berusia 52 tahun itu akhirnya memutuskan untuk melakukan U-turn dan memilih untuk kekal bersama The Gunners.

Sehingga kini masih tidak jelas sama ada Liverpool akan benar-benar melantik doktor yang baru atau mereka akan sekadar menaikkan pangkat petugas kesihatan sedia ada untuk menjadi doktor kelab yang baru.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN