Son Heung-min Bakal Sertai Kelab Gergasi Dari Sepanyol?

Penyerang sensasi Tottenham Hotspur iaitu Son Heung-min berkemungkinan bakal berhijrah ke pasukan lain setelah ada laporan menyatakan beliau sedia untuk terus mengembangkan karier dalam dunia bola sepak profesional.

Son mula menyertai Spurs pada tahun 2015 dan hanya memerlukan beberapa tahun sahaja untuk mencatat nama sebagai salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini.

Walaupun begitu, Son gagal untuk memberi sebarang kejuaraan atau trofi kepada Spurs selepas kali terakhir kelab tersebut menjulang piala pada tahun 2008 sebagai juara EFL Cup.

Pada musim lalu, Son telah membuktikan kepada dunia mengapa beliau harus diakui sebagai salah seorang pemain terbaik, setelah tampil selaku penjaring terbanyak untuk saingan English Premier League (EPL) bersama Mohamed Salah.

23 jaringan yang diledak beliau ketika menunjukkan pemain ini berada pada tahap tersendiri selaku salah seorang mesin gol buat Spurs selain rakan penyerang, Harry Kane.

Prestasi terbaiknya itu menjadikan beliau berada di kedudukan ke-11 dalam senarai pemenang Ballon d’Or minggu lalu.

Ianya sesuatu yang agak hebat memandangkan pasukan diwakilinya tidak memenangi apa-apa kejuaraan dan pemain tersebut hanya berada di belakang Erling Haaland pada kedudukan ke-10.

Ketika ini dikhabarkan hanya Harry Kane dikaitkan bersama beberapa pasukan dan tiada sebarang berita mengenai Son untuk kekal atau berpindah.

Namun menerusi laporan dikeluarkan Sport Bible, Son kini sudah pun bersedia untuk melangkah keluar bersama pasukan baharu pada masa akan datang.

Laporan menyatakan Son sedang dalam persiapan untuk langkah seterusnya ketika usia beliau kini sudah pun mencapai 30 tahun.

Pemain kebangsaan Korea Selatan itu dilihat bakal meninggalkan Spurs biarpun kontrak beliau bersama pasukan tersebut masih ada sehingga tahun 2025.

Beberapa kelab kini dilihat berminat untuk mendapatkan Son seperti gergasi dari Sepanyol iaitu Real Madrid serta Paris Saint-Germain (PSG).

Kedua pasukan itu dilihat sebagai pilihan tepat untuk Son, sekiranya beliau mahu memburu trofi kejuaraan yang didambakan selama beberapa musim ini.

Sebelum itu, rakan serangan beliau iaitu Kane terlebih dahulu hampir pasti untuk menyertai City pada musim lalu dalam misi untuk mengembangkan lagi karier dalam dunia bola sepak.

Namun, disebabkan kontrak Kane yang masih panjang menyebabkan City terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat penyerang England tersebut.

Spurs pada awal musim ini dijangka bakal memberi tentangan sengit buat Manchester City dan Liverpool dalam misi untuk merebut kedudukan di tangga teratas liga.

Namun, Arsenal pula tampil untuk memberi sesuatu yang sangat positif bagi memberi masalah buat City selaku peneraju carta liga, sementara Liverpool terumbang ambing di kedudukan agak bawah.

Prestasi skuad kendalian Antonio Conte ketika ini dilihat agak tidak konsisten dan terbaharu mereka tewas di tangan Newcastle United dengan keputusan 1-2.

Conte juga dikritik oleh segelintir para penyokong apabila taktikal yang dibawa beliau untuk pasukan jelas agak lesu dan mudah diatasi oleh pihak lawan.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN