Bintang Liverpool Ini Teruk Dihentam Peminat Kerana Pamer Aksi Hambar Bertemu Nottingham Forest

Para penyokong Liverpool tampil menghentam Joe Gomez tanpa belas selepas bintang England itu mempamerkan aksi persembahan yang agak mendukacitakan ketika bertemu Nottingham Forest malam semalam.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu gagal untuk mengekalkan momentem kemenangan mereka selepas mereka sebelum ini cemerlang menewaskan Manchester City dan West Ham dalam saingan Premier League.

Liverpool terpaksa akur mencatatkan kekalahan mengejut 1-0 di tangan pasukan yang sedang berada di kedudukan kedua tercorot dalam carta saingan liga.

Bekas bintang Liverpool, Taiwo Awoniyi cemerlang meledak gol untuk pasukan tuan rumah, seterusnya membantu Nottingham Forest untuk membawa pulang 3 mata penuh.

Gol yang dijaringkan oleh Awoniyi itu berpunca dari kesilapan Joe Gomez di tengah-tengah padang.

Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu gagal untuk mengekalkan corak persembahan yang sama seperti mana beliau persembahkan ketika bertemu Manchester City.

Beliau dalam perlawanan yang dilangsungkan di Anfield itu berjaya memastikan Haaland tidak menghadirkan bahaya ke gawang Liverpool.

Para penyokong Liverpool tampil menghentam Joe Gomez di media sosial selepas tamat perlawanan tersebut.

“Gomez lebih kerap bantu permudahkan urusan jentera serangan Forest, berbanding pemain Forest sendiri.”

“Jual sahaja Joe Gomez sekarang, tak ada guna kita simpan dia.”

“Sejujurnya, cara penyokong kita mempertahankan kelab sebenarnya jauh lebih bagus berbanding cara dia bertahan untuk kelab.”

“Oh Tuhan, lihatlah, Joe Gomez lagi. Pemain lawan berlari dari belakang ke arah kotak penalti dia, apa yang dia buat?”

“Joe Gomez tak konsisten, jelas sekali dia bukan pilihan utama saya.”

Selepas kejayaan mereka menewaskan Manchester City minggu lalu, ramai peminat yang percaya bahawa Liverpool sudah berjaya mendapatkan semula tahap persembahan terbaik mereka.

Walau bagaimanapun, skuad The Reds sepertinya masih buntu dan tak menemui sentuhan terbaik mereka selepas mereka tewas mengejut di tangan Nottingham Forest malam semalam.

Kekalahan tersebut menyebabkan Liverpool semakin jauh dari kedudukan empat teratas dalam saingan Premier League, dengan mereka kini berada di kedudukan ketujuh dalam carta saingan liga.

Bagi Nottingham Forest pula, kemenangan bertemu Liverpool merupakan kemenangan kedua untuk mereka musim ini, dengan skuad kendalian Steve Cooper itu naik ke kedudukan kedua tercorot dari kedudukan tercorot sebelum ini.

Bercakap selepas tamat perlawanan tersebut, Jurgen Klopp mendedahkan bahawa:

“Saya boleh jelaskan tentang persembahan pemain, tapi tidak pada keputusan perlawanan.”

“Kami patut selesaikan semua set pieces, kami ada ramai pemain yang bebas. Bobby, Virgil, mereka perlu bunuh perlawanan lebih awal. Jaringan yang kami bolos merupakan kesilapan terbesar kami.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN