Liverpool Hadkan Gaji Untuk Pemain Muda, Elak Pemain Leka Dengan Duit

Pemain muda perlu diberi didikan dan tunjuk ajar yang betul. Jika tidak, mereka tidak akan menjadi pemain yang berjaya.

Ia bukan sekadar didikan mengenai skil teknikal dan taktikal dalam bola sepak. Ia juga melibatkan wang.

Frasa “budak kecil tak boleh pegang duit banyak-banyak” sering kita dengar di negara kita. Dan seolah-olah frasa itu telah sampai ke Liverpool di England.

Perkenal gaji siling

Di Liverpool, mereka telah memperkenalkan sistem gaji siling ataupun dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai wage cap.

Hal ini kerana mereka ingin menghadkan jumlah wang yang diberikan kepada pemain muda. Kerana mereka rasakan pemain muda tidak perlu mempunyai gaji yang terlalu besar.

Gaji siling ini dikenakan kepada pemain yang berusia 17 tahun yang merupakan musim pertama mereka sebagai pemain profesional.

Liverpool telah menghadkan jumlah gaji dengan gaji maksima untuk pemain muda di Liverpool tidak akan lebih dari jumlah £40 ribu (RM 206 ribu).

Namun begitu, pemain muda di Liverpool akan mendapat bonus tambahan jika mereka beraksi untuk pasukan bawah 23 tahun Liverpool atau dinaikkan ke skuad utama.

Dan bagi pemain yang dipinjamkan ke kelab lain juga akan menerima bonus daripada kelab.

Liverpool menjadi kelab ketiga di Premier League selepas Tottenham Hotspur dan Southampton yang memperkenalkan polisi yang lebih kurang sama di kelab masing-masing.

Mahu pemain terus beraksi

Polisi gaji siling yang digunakan di Liverpool mendapat sambutan yang baik dari pengurus Jurgen Klopp dan pengarah akademi Alex Inglethorpe (gambar bawah).

jurgenkloppxx

Dalam masa yang sama, 2 individu ini mahukan pemain akademi mereka terus bermain. Tidak kiralah dimana sama ada untuk pasukan sekolah mereka atau pasukan kejiranan mereka.

Kemahuan Klopp dan Inglethorpe ini bertentangan dengan saranan England FA yang mahukan pemain muda untuk tidak beraksi di peringkat akar umbi.

Klopp mahukan pemain muda terus bermain untuk kembangkan potensi mereka.

p160410-072-liverpool_stoke

“Adalah lebih baik untuk pemain muda beraksi 20 kali seminggu berbanding berlatih 3 kali seminggu bersama orang lain.”

“Saya dahulu pernah menjadi pengurus pasukan muda. Selepas setahun, pengarah saya datang dan tanya berapa banyak pemain muda baharu yang saya mahu ambil?”

“Saya katakan saya tidak mahu ambil pemain baharu. Tetapi pengarah tetap mahukan saya ambil pemain terbaik dari kelab lain.”

“Saya berkeras tak mahu ambil pemain baru. Sebab saya rasa ia membazir. Apa guna ambil pemain berusia 10 tahun yang kita belum tahu lagi potensi beliau macam mana? Ia adala umur yang terlalu awal.”

Klopp mahukan pemain muda terus bermain bola sepak dan fokus dalam pelajaran.

“Tak perlu risau apa-apa, main saja bola. Ia permainan paling seronok di dunia dan main sekerap yang boleh.”

Klopp merupakan seorang pengurus yang boleh menanti pemain itu untuk mencapai tempoh matangnya.

“Saya merupakan seorang pengurus yang boleh kekal lama di sesebuah kelab. Saya pernah lihat pemain berusia 16 tahun yang sangat bagus dan saya tunggu dia untuk menjadi dewasa.”

“Kita masih boleh gunakan pemain akademi dalam pasukan kita walaupun dalam zaman bola sepak yang dipenuhi dengan perpindahan pemain yang gila. Liverpool akan sentiasa pemain dari akademi Liverpool.”

Baca juga: Kenali Omar Abdulrahman. Asian Wonderkid Yang Manchester City Tak Dapat Beli

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN