Kenali Omar Abdulrahman. Asian Wonderkid Yang Manchester City Tak Dapat Beli

 

Pemain berketurunan Yaman dan dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi ini menjadi rebutan beberapa kelab utama eropah seperti Manchester City, Arsenal dan Barcelona selepas beliau mempamerkan aksi menarik di Sukan Olimpik London. Omar pernah diletakkan sebagai pemain #1 oleh ESPN dalam senarai Top Ten Asian Player of 2012. FIFA pula menyenaraikan nama beliau sebagai pemain bintang yang bakal menyerlah.

Omar Abdulrahman ataupun dikenali sebagai Amoory lahir pada 20 September 1991. Pemilik jersi no 10 di kelab Al Ain dan pasukan kebangsaan UAE ini selesa di letakkan di posisi advance playmaker dan kadang-kala digunakan sebagai pemin sayap.

Dari Arab Saudi ke UAE

Bakat beliau dikesan oleh Abdulrahman Eissa, seorang pencari bakat yang terlihat beliau sedang bermain di taman Al Malaz yang berdekatan dengan stadium putera Faisal bin Fahd. Kagum dengan bakat Omar, Abdulrahman pantas mendekati beliau dan bertanya beberapa soalan. Apa yang menarik perhatian Abdulrahman ialah Omar tidak menyertai mana-mana kelab dan Omar juga tidak mempunyai kerakyatan Arab Saudi. Pertemuan antara Abdulrahman dan Omar merupakan antara momen paling signifikan dalam kerjaya Omar sebagai pemain bolasepak.

Omar menjalani sesi pemilihan bersama kelab Al Hilal (Arab Saudi) dan Al Hilal menawarkan kontrak dan kerakyatan Arab Saudi pada beliau. Bapanya menolak tawaran tersebut kerana kerakyatan Arab Saudi hanya ditawarkan kepada Omar sahaja dan bukannya pada seluruh keluarga beliau.

Kelab yang berpangkalan di UAE, Al Ain yang sedang mencari bakat muda telah berhubung dengan Abdulrahman Eissa mengenai bakat muda yang boleh diketengahkan. Abdulrahman memperkenalkan Omar kepada kelab Al Ain. Al Ain tanpa berlengah membawa masuk Omar ke akademi mereka dan memberi kerakyatan UAE kepada seluruh ahli keluarga Omar.

Debut

Debut rasmi Omar bersama Al Ain ialah pada 29 januari 2009 ketika menentang Al Ahli di Piala Etisalat. Beliau di bawa ke pasukan utama Al Ain oleh jurulatih Winfried Schafer selepas melihat aksi Omar di kejohanan antarabangsa Al Ain bawah 17 tahun. Omar mula memakai jersi no 10 pada musim 2010 selepas Jorge Valdivia meninggalkan Al Ain untuk menyertai Palmeiras.

Baca: 10 Pemain Wonderkid Eropah Yang Perlu Anda Tahu

Video semasa sesi latihan Piala Asia pasukan UAE.

Trial Di Manchester City

Bakat Omar mula dikenali oleh dunia selepas beliau mempamerkan aksi menarik di Sukan Olimpik London dan membantu UAE memenangi Piala Negara Teluk. Omar menjalani sesi percubaan selama 2 minggu bersama Manchester City pada 6 Ogos 2012. Manchester City dikhabarkan menawarkan kontrak selama 4 tahun kepada Omar menurut jurulatih Al Ain, Cosmin Olaroiu. Walaubagaimanapun, tawaran tersebut gagal dilaksanakan kerana masalah permit kerja dan isu ranking pasukan UAE yang tidak menepati piawaian Liga Perdana Inggeris.

Piala Asia 2015

Pasukan UAE terkandas di pusingan separuh akhir selepas tewas 2-0 kepada Australia. Aksi Omar sepanjang Piala Asia 2015 menjadi bualan media dan beliau antara yang tersenarai sebagai pemain terbaik kejohanan. Bagi kami di semuanyabola.com, ada 2 momen terbaik beliau di Piala Asia ini :

1)Panenka style penalti beliau yang persis Zidane Zidane & Andrea Pirlo. Oh ya, jaringan ini dilakukan semasa aksi suku akhir antara Jepun dan UAE.

2) Lorongan beliau yang membantu menghasilkan jaringan terpantas dalam sejarah Piala Asia.

Baca juga: Wonderkid Chelsea & Everton Yang Kian Menyerlah

Kredit featured image : gettyimages

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN