Manuel Akanji tampil meluahkan perasaannya dapat beraksi bertemu Liverpool di Anfield dengan beliau percaya suasana di Signal Iduna Park lebih bising dan menarik.
Pemain pertahanan Manchester City itu diturunkan dalam kesebelasan utama The Citizens untuk beraksi bertemu Liverpool dalam saingan Premier League kemarin.
Bintang Switzerland itu kini tampil mendedahkan pandangan beliau berkait suasana yang beliau nikmati di Anfield pada hari tersebut.
Manuel Akanji calls Anfield atmosphere 'weird' – 'Is it always like this here?' pic.twitter.com/82zGlf9pDu
— SPORTbible (@sportbible) October 22, 2022
Manuel Akanji merasakan suasana yang beliau nikmati di Anfield sebenarnya sedikit aneh padanya.
Beliau terkejut kerana suasana di Stadium agak sunyi ketika para pemain masuk ke stadium untuk memanaskan badan.
Dek kerana terkejut dengan suasana sunyi tersebut, Akanji bahkan turut bercakap dengan Erling Haaland tentang hal tersebut.
Bintang berusia 27 tahun itu kemudiannya bertanya kepada Riyad Mahrez adakah suasana di Anfield selalunya sunyi seperti itu sebelum sepak mula permainan.
Manuel Akanji:
"I talked to Riyad. He was sitting next to me. I was like: 'Is it always like this? Everybody talks so highly of Anfield and I don't really see it.' He told me to wait until the game started and then it was like a different atmosphere completely…"
— The Anfield Talk (@TheAnfieldTalk) October 21, 2022
Ketika ditanya tentang pengalaman beliau beraksi di Anfield, bintang Manchester City itu mendedahkan kepada Daily Mail bahawa:
“Agak kelakar ketika kamu tanya. Kerana sebelum perlawanan, ketika kami masuk ke stadium untuk panaskan badan, suasana sangat sunyi. Tidak ada bunyi boo atau apa-apa.”
“Saya beritahu Erling Haaland yang suasana di situ agak aneh. Saya jangka suasana akan sangat bising dan kami akan tertekan. Tapi saya tak rasa apa-apa.”
“Kami kembali ke bilik persalinan sebelum perlawanan dan saya bercakap dengan Riyad Mahrez. Dia berdiri di sebelah saya. Saya rasa macam, ‘Adakah memang macam ini selalunya di sini? Semua orang cakap di sini luar biasa tapi saya tak nampak itu.”
'I HATE that Liverpool beat us'
EXCL: Man City's Manuel Akanji on the pain of their Anfield defeat, how Erling Haaland is improving and his affection for pre-match hot chocolate with Jadon Sancho | | @Ian_Ladyman_DM https://t.co/NtoD17E27a
— Mail Sport (@MailSport) October 21, 2022
“Dia cuma beritahu saya supaya tunggu sampai perlawanan bermula dan kemudian ketika perlawanan bermula, suasana jelas sangat berbeza. Terutama pada aksi babak kedua ketika gol kami dibatalkan dan mereka jaringkan gol. Suasana memang sangat-sangat bising ketika itu.”
Akanji kemudiannya membandingkan suasana di Anfield dengan suasana di gelanggang rasmi bekas kelabnya, Signal iduna Park.
“Tapi tak sekuat seperti Dortmund.”
Tambah Akanji lagi.
Man City’s Manuel Akanji discusses ‘weird’ Anfield atmosphere at Liverpool https://t.co/3K4gE9tMUb
— ScoreSport (@Azescore) October 22, 2022
“Berapa ramai ada di Anfield? 50,000? ada lebih 81,000 orang di Dortmund, jadi mungkin tak adil untuk bandingkan. Tapi ia perasaan yang hebat beraksi di Anfield. Para penyokong rapat dengan padang dan suasana di sini sungguh menarik untuk mereka dan saya suka bermain dalam suasana seperti itu.
“Saya cuma benci pada fakta yang kami kalah kerana kami tak sepatutnya kalah dan saya terkilan melihat cara kami bolos.”