Piala AFC: Hujan Iringi Duka KL City Tewas Kepada Al-Seeb 3-0

Piala AFC

Al-Seeb memusnahkan harapan KL City untuk menjulang Piala AFC apabila mereka ditumbangkan wakil Oman itu 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bermula dengan baik di awal permainan, skuad Bojan Hodak melakukan penguasaan bola dengan kemas untuk memperoleh kelebihan berdepan Al-Seeb.

Namun begitu ianya memerlukan selepas 15 minit perlawanan untuk percubaan pertama dihasilkan.

Perlawanan akhirnya mempunyai percubaan tepatnya yang pertama apabila KL City berjaya menembusi kotak penalti Al-Seeb menerusi hantaran lintang.

Hantaran yang dilakukan oleh J. Partiban dari sebelah kiri berjaya menemui Zhafri Yahya namun percubaan dari jarak dekatnya terkena Ahmed Faraj.

Tiga minit kemudian, perlawanan akhirnya menemui jaringan pertamanya apabila Al-Seeb berjaya mendahului menerusi jaringan Ali Sulaiman ketika situasi sepakan penjuru.

Kesilapan dari Kevin Mendoza yang tidak berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya membolehkan Ali dengan mudah menghukum KL City.

Al Seeb hampir menggandakan kedudukan selepas KL City melakukan kesilapan di bahagian pertahanan namun mujur tolakan daripada Abdul Aziz Humaid tersasar.

Pemain tengah Al Seeb, Ajibola Daniel melakukan percubaan dari jarak 30 meter dan bola itu menjunam pada minit akhir.

Namun Mendoza cemerlang untuk menolak bola itu keluar.

Zhafri sekali lagi menjadi ancaman terhebat Al-Seeb apabila mempunyai peluang kedua untuk menjaringkan gol namun rembatan kaki kanannya terus kepada Faraj.

Tugas KL City semakin sukar apabila Al-Seeb menambah jaringan menerusi Aziz apabila tandukan daripada hantaran lintang awal dari sebelah kiri untuk menewaskan Mendoza.

Separuh masa kedua menyaksikan KL City meneruskan rentak dengan menguasai bola dengan harapan berjaya mencipta peluang untuk membolosi gol Al-Seeb.

Namun mereka tidak berjaya untuk memastikan peluang itu berjaya dicipta dengan beberapa hantaran lintang tidak menepati sasaran.

Minit ke-69, impian untuk menjulang Piala AFC buat KL City musnah apabila Al-Seeb menjaringkan gol ketiga dan sekali gus memusnahkan perjuangan Warga Kota.

Muhsen Saleh melakukan rembatan deras dari dalam kotak penalti untuk menewaskan Mendoza dan meletakkan KL City terus di belakang.

Memasuki 15 minit terakhir perlawanan, KL City masih meneruskan misi mencari gol dengan mengawal penguasaan dan mengamalkan bola sepak positif.

Namun setiap bola yang dihantar ke kawasan penalti Al-Seeb tidak menghasilkan sebarang makna buat mereka.

Secara keseluruhannya, KL City bermain dengan baik dan tidak tunduk dengan mudah kepada Al-Seeb namun sayangnya wakil Oman itu lebih kritikal apabila di depan gol berbanding mereka.

Satu perjalanan yang membanggakan untuk KL City untuk mara sejauh ini, tahniah buat Al-Seeb yang muncul juara.

Tamat perlawanan, KL City 0-3 Al-Seeb.

Kredit gambar: AFC & Khairil Ajhar – Arena HijauKuning

Kesebelasan utama

KL City: Kevin Mendoza (penjaga gol), Kamal Azizi, Ryan Lambert, Romel Morales, Zhafri Yahya, Giancarlo Gallifuoco, Declan Lamber, Akram Mahinan, J. Partiban, Irfan Zakaria, Paulo Josue (ketua pasukan)

Al-Seeb: Ahmed Faraj (penjaga gol), Juma Marhoon, Salaah Said, Abdul Aziz Humaid, Mohamed Al Musalami, Muhsen Saleh, Ali Sulaiman, Hassan Ahmed, Eid Mohammed (ketua pasukan), Mohamed Said, Ajibola Daniel

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN