Dianggap Sebagai ‘Underdog’, Bojan Hodak Tetap Mahu KL City Julang Piala AFC

Bojan Hodak

Pengendali KL City, Bojan Hodak menyedari yang pasukannya hadir ke perlawanan akhir Piala AFC menentang Al-Seeb sebagai status bukan pilihan atau underdog.

Sungguh pun begitu, beliau tetap mahukan kejayaan apabila KL City berdepan dengan perlawanan terbesar dalam sejarah mereka.

“Ini adalah perlawanan terpenting dalam sejarah kelab kerana Piala AFC adalah kejohanan yang jauh lebih besar daripada pertandingan tempatan yang dianjurkan di benua terbesar di dunia. Ianya adalah amat mustahak.

“Untuk mara sejauh ini, ianya adalah peluang terbaik untuk pemain memperoleh sesuatu yang hanya satu kelab saja melakukannya – Johor Darul Ta’zim,” kata Hodak menerusi program perlawanan akhir Piala AFC.

Hodak mengakui yang pasukannya adalah berstatus kerdil dan kerana itu apabila mereka berjaya layak sejauh ini, ianya tidak lain daripada sebuah cerita untuk membawa KL City ke kancah kemegahan.

Namun begitu, ianya tidak datang dengan mudah sebaliknya pelbagai dugaan menanti.

“Dalam menuju kejayaan, akan ada halangan, keraguan dan kesilapan yang dilakukan sepanjang jalan.

“Tetapi dengan kerja keras, percaya, keyakinan dan keteguhan dalam diri kita, tiada had untuk kecapi apa saja bersama.

“Ini adalah sebuah pasukan dengan cita-cita besar, dan dalam bola sepak, segalanya mungkin. Kami tahu yang kami perlu berikan yang terbaik, walaupun nasib tidak memihak kita,” tegas Hodak.

Jika KL City menjadi juara Piala AFC, mereka akan menjadi pauskan kedua dari Malaysia yang menjulang kejuaraan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN