Pemain Arema Kembali Turun Dalam Sesi Latihan Secara Tertutup

Setelah melalui saat-saat mencemaskan sebelum ini sehingga menyebabkan korban nyawa berlaku di Stadium Kanjuruhan, para pemain dan staf kejurulatihan Arema FC kembali turun menjalani latihan, semalam.

Walaupun sudah mula kembali menjalani latihan, ianya diadakan secara tertutup tanpa sebarang kehadiran orang awam dan media menerusi larangan diletakkan oleh pihak pengurusan kelab.

Sesi latihan tersebut menjadi detik pertama sejak tragedi korban itu berlaku pada awal bulan ini dan telah mengorbankan banyak nyawa selain kerosakan harta benda.

Keputusan pihak pengurusan untuk mengadakan sesi latihan secara tertutup ini dianggap tepat, setelah kebanyakan para pemain masih lagi dalam proses untuk memulihkan diri daripada trauma akan kejadian lalu.

Kebanyakan pakar psikologi yang tampil untuk membantu para pemain hadir dari pelbagai universiti tempatan dengan bertujuan untuk memulihkan kembali para pemain untuk masa akan datang.

Malah, pengendali pasukan iaitu Javier Roca juga dikhabarkan tidak terlalu memfokuskan latihan-latihan lain selain memberi ruang untuk pemain kembali menjalani pemulihan dari segi mental.

Tambahan lagi, proses tersebut bakal diadakan dengan lebih panjang agar semua pemain kembali bangkit dengan motivasi terbaik mereka sebelum saingan liga kembali bersambung.

“Hingga kini, pasukan kami memfokuskan untuk memberi kestabilan emosi kembali buat para pemain yang mengalami trauma kejadian lalu.

“Tujuannya agar mereka boleh kembali menjalani aktiviti dan mengharungi sesi latihan bersama pasukan dengan lebib baik selepas ini sepertu sediakala,” ujar Dian Wisnuwardhani selaku salah seorang yang terlibat untuk memberi bantuan psikologi kepada pemain menerusi Bola.com.

Sebelum itu, para pemain juga dikatakan telah berjumpa dengan pakar psikologi sendiri sebelum menjalani sesi latihan untuk mengetahui sejauh mana kekuatan mental mereka untuk kembali bangkit.

Pada masa sama, para pemain Arema juga masih lagi bertindak untuk mendiamkan diri daripada menceritakan apa-apa mengenai situasi semasa kepada pihak media.

Mereka menjelaskan perkara itu terpakda dilakukan kerana bimbang sekiranya ada tersilap cerita ianya akan memberi kembali rasa trauma buat yang terlibat.

Buat sementara waktu ini, masih lagi belum diketahui sampai bila sesi latihan tertutup itu akan berterusan, kerana ia bergantung kepada keadaan para pemain itu sendiri.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN