Tak Bijak Buat Keputusan Punca Masa Depan Klopp Di Anfield Bakal Berakhir

Cara Jurgen Klopp membuat keputusan dikatakan berpotensi untuk menggugat kariernya di Anfield dan beliau berkemungkinan akan dipecat andai hal sama tidak berubah.

Musim ini merupakan musim ketujuh Jurgen Klopp bersama Liverpool selepas beliau dilantik menjadi pengganti Brendan Rodgers pada tahun 2015 yang lalu.

Tidak keterlaluan untuk menganggap yang Klopp sebenarnya sudah melaksanakan tugasnya sebagai pengurus dengan sangat baik dan membantu The Reds menjadi antara pasukan terhebat di dunia pada ketika ini.

Beliau berjaya membantu gergasi Merseyside itu untuk memenangi kesemua Piala yang dipertandingkan seperti Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup, Premier League, Carabao Cup dan FA Cup.

Walau bagaimanapun, musim ini pengurus dari Jerman itu sepertinya sedikit bergelut untuk membantu Liverpool mencatatkan keputusan yang lebih baik.

Skuad The Reds seolah-olah gagal untuk mempamerkan aksi persembahan yang konsisten dan sebagus seperti mana mereka persembahkan sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Dek kerana itu jugalah ramai pihak yang merasakan masa hadapan Jurgen Klopp di Anfield juga sepertinya sedikit samar-samar dan beliau mungkin tidak berada di tahap yang selesa pada ketika ini.

Masa depan Jurgen Klopp mula dipersoalkan dan bekas bintang Aston Villa, Gabby Agbonlahor tampil membahaskan tentang cara pengurus dari Jerman itu membuat keputusan.

Agbonlahor meragui cara pengurus Liverpool itu membuat keputusan dan beliau turut membandingkan situasi di Anfield sekarang dengan situasi tujuh tahun Klopp bersama Borussia Dortmund.

“Jurgen Klopp bersama Borussia Dortmund selama tujuh tahun dan pada tahun ketujuh, mereka sangat teruk.”

Jelas Agbonlahor kepada Football Insider.

“Ini merupakan tahun ketujuh dia bersama Liverpool. Dia ada sejarah yang menakjubkan selama enam tahun dan kemudian ia sudah tidak menjadi.”

“Skuad Liverpool sekarang benar-benar dalam bahaya untuk tidak mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas. Perlumbaan untuk memenangi Piala sudah berakhir.”

“Bagi saya, itu semua kerana cara dia membuat keputusan. Dia mulakan (Fabio) Carvalho bertemu Brighton. Ya, dia prospek yang bagus, tapi mulakanlah dengan pemain terbaik dia.”

Jelas Agbonlahor lagi.

“Saya tak peduli jika mereka ada tugasan antarabangsa, saya tak peduli jika mereka penat naik pesawat dari Amerika Selatan, mereka bukan terbang menggunakan RyanAir, mereka naik pesawat peribadi yang ada tempat tidur.”

“Saya tak nak dengar, ‘Saya tak mulakan Darwin Nunez kerana ini, saya tak mulakan Luis Diaz kerana rehat antarabangsa’. Itu semua alasan mengarut.”

Bekas bintang England itu turut percaya yang Jurgen Klopp sebenarnya terlalu memandang rendah kepada setiap lawannya.

“Kamu tak patut pandang rendah kepada lawan kamu dalam saingan Premier League dan Klopp lakukan itu. Jika dia perlu mulakan Diaz, saya rasa mereka boleh menewaskan Brighton kemarin.”

https://twitter.com/kophbk/status/1578832492119085056?t=Sd-N23nsk7fH_CoDoPGpVA&s=19

“Cara dia membuat keputusan itu. Saya suka James Milner, tapi kamu bawa dia masuk untuk gantikan Kostas Tsimikas. Jordan Henderson bermain dengan baik tapi kamu keluarkan dia untuk bawa masuk Harvey Elliott.”

“Saya rasa ada keputusan dia yang tak betul dan mungkin ada masalah dengan Jurgen Klopp. Liverpool sedang bermasalah pada saya. Semua orang boleh nampak itu. Pasukan lain sekarang dah tak takut nak lawan mereka lagi.”

“Kita bercakap tentang atmosphere di Anfield, ia sekarang dah tak nampak macam itu lagi. Memang ada masalah di sana sekarang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN